SATU kemalangan telah berlaku Kilometer 17 Jalan Papar Baru-Kota Kinabalu pada Isnin dengan mengorbankan nyawa seorang wanita warga emas.
Dalam kemalangan yang berlaku ketika waktu hujan, wanita warga emas berusia 63 tahun dilaporkan maut selepas kenderaan jenis pacuan empat roda dinaikinya bertembung dengan trak pikap. Selain itu, anaknya yang berusia 43 tahun mengalami cedera parah.
Menurut Ketua Polis Daerah Papar, Superitenden Kamaruddin Ambo Sakka dipetik berkata, pihak polis menerima laporan yang kemalangan tersebut berlaku kira-kira pada pukul 2.30 petang.
Kata Kamaruddin, kemalangan tersebut berlaku ketika mangsa dalam perjalanan daripada Kota Kinabalu menuju ke Papar.
BACA LAGI: Seorang parah, 2 cedera akibat letupan gas nitrogen di Kota Kemuning
Kemalangan yang berlaku di Papar dilaporkan terjadi pada waktu hujan. — Agensi
BACA LAGI: Suspek serang jururawat serah diri di IPD Kuala Pilah
Hasil siasatan mendapati pemandu pacuan empat roda yang merupakan lelaki berusia 36 tahun gagal untuk mengawal kenderaannya hingga menyebabkan ia terbabas dan memasuki laluan bertentangan.
"Pemandu gagal mengawal kenderaan tersebut lalu terbabas dan masuk ke laluan bertentangan di mana ketika itu terdapat sebuah jip dari arah Papar menuju ke Kota Kinabalu.
"Pacuan empat roda melanggar jip tersebut dan menyebabkan penumpang wanita maut manakala pemandu kedua-dua kenderaan mengalami kecederaan parah," kata Kamaruddin.
Tambah Kamaruddin, mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk mendapat rawatan. Sementara mayat wanita warga emas yang maut itu akan dibedah siasat.
Kemalangan tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kecuaian membawa kereta secara melulu dan membahayakan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram