Kononnya jatuh bilik air, lebam lama di kepala, badan bongkar perbuatan suami dera isteri sampai mati di Kulim


  • 112
  • Jumaat, 12 Apr 2024

SEORANG wanita warga emas maut dipercayai didera suaminya sendiri dalam kejadian di sebuah rumah estet di Batu Putih, Kulim, Kedah pada Selasa lepas.

SEORANG wanita warga emas maut dipercayai didera suaminya sendiri dalam kejadian di sebuah rumah estet di Batu Putih, Kulim, Kedah pada Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, Balai Polis Sungai Kob menerima laporan tentang seorang wanita berusia 61 tahun yang meninggal dunia di Hospital Kulim kira-kira pukul 7.50 malam.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dibawa ke Hospital Kulim dari rumahnya di Batu Putih kira-kira pukul 9 malam, sehari sebelum itu.

BACA LAGI:[VIDEO] 'Jaga sensitiviti, adab ziarah kubur', berbaju raya tema Barbie permain syariat diajar nabi

“Mengikut laporan pihak hospital, mangsa dibawa ke hospital itu kerana mengalami kecederaan akibat terjatuh dalam bilik air.

“Hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan di kepala dan pemeriksaan lanjut juga mendapati ada kesan lebam di muka serta seluruh badan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

BACA LAGI: Jangan tak tahu duit raya hak anak, kalau ibu bapa guna wajib kena ganti

Jelasnya, hasil soal siasat polis kemudiannya menahan seorang lelaki berusia 57 tahun yang juga suami kepada mangsa untuk siasatan lanjut.

"Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati mangsa mengalami kecederaan di kepala dan lebam lama serta baharu yang dipercayai akibat keganasan rumah tangga.

"Suspek kini direman selama enam hari sehingga 15 April ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram