Terlalu lama dalam tandas, Park Bo-ram ditemui tidak bernyawa tepi singki


  • Hiburan
  • Jumaat, 12 Apr 2024

Bo-ram ditemui sudah tidak bernyawa di dalam tandas kediaman milik rakannya ketika aktiviti gathering.

DUNIA hiburan K-pop dikejutkan dengan kematian penyanyi, Park Bo-ram yang ditemui sudah tidak bernyawa di dalam tandas kediaman milik rakannya ketika aktiviti 'gathering' di kediaman berkenaan.

Menurut laporan media Korea Selatan, penyanyi berusia 30 tahun itu mengikuti acara berkumpul (gathering) di kediaman rakannya sebelum ke tandas sekitar pukul 9.55 malam Khamis.

Disebabkan Bo-ram terlalu lama berada di dalam tandas, rakannya tidak sedap hati dan bertindak memeriksa apa yang terjadi.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Jaga sensitiviti, adab ziarah kubur', berbaju raya tema Barbie permain syariat diajar nabi

park-bo-ram

Bo-ram ditemui tidak sedarkan diri di dalam tandas kediaman rakannya. — Agensi

BACA LAGI: Kononnya jatuh bilik air, lebam lama di kepala, badan bongkar perbuatan suami dera isteri sampai mati di Kulim

Selepas membuka pintu tandas, Bo-ram didapati berada dalam keadaan membongkok di sebelah sinki dan tidak sedarkan diri.

Sementara menunggu ketibaan ambulans, pelantun lagu Beautiful itu cuba diberikan bantuan pernafasan namun tidak menunjukkan sebarang respons.

Bo-ram kemudiannya dikejarkan ke Hospital Guri Universiti Hanyang, Seoul sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 11.17 malam.

Sehingga kini, pihak berkuasa masih menjalankan siasatan punca kematian mendiang. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram