Pokok Sena berdepan gelombang haba Tahap 2


  • Primer
  • Sabtu, 13 Apr 2024

MetMalaysia mengeluarkan amaran gelombang haba Tahap 2 di Pokok Sena. — Gambar hiasan

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran gelombang haba Tahap 2 di Pokok Sena, Kedah.

MetMalaysia menerusi hantaran di aplikasi X melaporkan, sebanyak 22 kawasan lain di seluruh negara berada di peringkat amaran gelombang haba Tahap 1.

Gelombang haba Tahap 1 dikategorikan apabila suhu maksimum harian sesuatu kawasan itu mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut, manakala Tahap 2 antara 37 dan 40 darjah Celsius, selama tiga hari berturut-turut.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Allahuakbar', saksi nampak rider terpelanting rempuh Black Maria di Melaka

Kawasan lain yang mengalami suhu panas berjaga-jaga (Tahap 1) adalah Perlis, Kedah (Pulau Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pendang, Yan, Kuala Muda, Timur Laut, Kulim, Bandar Baharu, Sik, Baling dan Padang Terap) dan Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta).

Kawasan lain di Semenanjung yang terjejas akibat amaran gelombang haba Tahap 1 ialah Gua Musang di Kelantan dan Raub, Pahang.

BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki mengamuk anak dan isteri cedera sampai berdarah tercampak dari ‘sotong ride’ di Taiping

Di Sabah, tiga kawasan di bawah Tahap 1 melibatkan Tuaran, Tenom dan Beaufort, manakala di Sarawak, kawasan sahaja Limbang terjejas.

Orang ramai boleh melayari laman web status gelombang haba MetMalaysia di https://www.met.gov.my/en/iklim/status-cuaca-panas/ untuk maklumat lanjut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram