Kedah arah henti operasi pasar malam selama 15 minit hormati waktu solat Maghrib


  • Massa
  • Selasa, 23 Apr 2024

Semua penjaja pasar malam di Kedah diarah untuk memberhentikan operasi perniagaan seketika bagi menghormati waktu solat Maghrib bermula 1 Mei ini. — Gambar hiasan

KESEMUA penjaja pasar malam di Kedah diarah untuk memberhentikan operasi perniagaan seketika bagi menghormati waktu solat Maghrib bermula 1 Mei ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Mansor Zakaria dilaporkan berkata, tempoh itu bermula lima minit sebelum dan 10 minit selepas waktu solat Maghrib.

"Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang bersidang pada 21 Februari 2024 bersetuju untuk memberhentikan operasi perniagaan semasa waktu Maghrib.

"Berdasarkan keputusan tersebut, pihak berkuasa tempatan (PBT) memberi notis kepada semua penjaja pasar malam untuk mematuhi arahan tersebut bermula 1 Mei depan," katanya pada Selasa.

BACA LAGI: Pasar malam 'mini Dhaka' jadi tumpuan warga asing diserbu di Kulim

Tempoh berhenti operasi bermula lima minit sebelum dan 10 minit selepas waktu solat Maghrib.

BACA LAGI: DBKL jelas sebab Pasar Malam AU2 Keramat diarah pindah lepas beroperasi lebih 30 tahun

Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Ketil itu lagi, arahan tersebut dikeluarkan bagi menghormati waktu Maghrib sekali gus memberi ruang kepada peniaga dan orang ramai untuk mendirikan solat.

Sebelum ini, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim mengeluarkan notis pemberitahuan kepada penjaja pasar malam di sekitar daerah Kulim berkenaan arahan itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram