KEYAKINAN skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara tidak berada pada tahap terbaik susulan tewas dalam dua aksi peringkat Kumpulan D, Piala Asia B-23 di Doha, Qatar, akui Juan Torres Garrido, lapor Stadium Astro.
Ketua jurulatih skuad B-23 negara itu berkata, meskipun sedar perjalanan dalam edisi kali ini sudah berakhir, dia masih meletakkan kepercayaan anak buahnya akan berjuang habis-habisan ketika berdepan Kuwait dalam aksi terakhir pada Selasa malam.
Tanpa berselindung, pengendali kelahiran Sepanyol itu turut memaklumkan, fokus barisan kejurulatihannya adalah untuk memulihkan semula semangat dan keyakinan pemain.
Selain itu, dia turut bersedia memberikan minit permainan kepada pemain yang belum berpeluang beraksi dalam dua perlawanan terdahulu.
BACA LAGI: Usia paling muda tidak patahkan semangat Muhammad rebut tempat skuad utama B-23
Juan Torres Garrido
BACA LAGI: Dapat slot Olimpik sekalipun Harimau Muda tak akan panggil Arif Aiman
"Amat jelas pasukan ini masih terjejas dan mungkin kami perlu mengatasinya kerana kami masih ada satu perlawanan berbaki dan kami perlu memberikan persembahan terbaik," katanya kepada wartawan.
Garrido berkata, selagi belum tamat kejohanan, persiapan akan tetap dilaksanakan selain cuba menurunkan pasukan yang terbaik.
"Bagi saya, ia perlawanan yang penting untuk menunjukkan kami pasukan yang boleh diharapkan dan menunjukkan prestasi sebenar yang kami ada kerana perlawanan menentang Vietnam bukanlah aksi sebenar kami, jadi kami mahu membuktikannya.
"Sudah pasti kami mahu memberikan kemenangan kepada penyokong yang menyokong kami di sini dan di Malaysia," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram