PENYERANG skuad bawah 23 tahun (B-23) Malaysia, Luqman Hakim Shamsudin ingin memastikan Harimau Muda menamatkan saingan Piala Asia B-23 dengan nota positif.
Tewas dua perlawanan pertama berdepan Uzbekistan dan Vietnam tanpa menjaringkan sebarang gol, perjuangan skuad Juan Torres Garrido secara matematiknya telah berakhir.
Dengan dua kekalahan tersebut, ia menutup ruang dengan serapat-rapatnya untuk Malaysia ke pusingan Sukan Olimpik 2024 dengan cara mara ke separuh akhir kejohanan.
Namun begitu, Luqman tetap ingin memberikan sesuatu yang menggembirakan buat penyokong Malaysia apabila mereka berdepan Kuwait pada aksi terakhir kumpulan pada Selasa.
BACA LAGI: [VIDEO] Air mata jantan Harith Haiqal gugur, wakili pemain mohon maaf
Luqman masih belum menjaringkan gol untuk Malaysia di Piala Asia B-23. — FAM
BACA LAGI: Kehadiran 3 legenda TRW di majlis seteru Pantai Timur timbulkan 1,001 persoalan
Padanya, kemenangan yang dicari menentang Kuwait adalah bertujuan untuk memulihkan maruah Malaysia yang tercalar hasil kekalahan dua perlawanan tersebut.
"Demi maruah Malaysia, kita akan menang lawan Kuwait, Insya-ALLAH, (perjuangan) belum habis lagi.
"Kita akan beri kemenangan, Insya-ALLAH," kata Luqman kepada pemerhati Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi di X (Twitter).
Luqman dilihat masih mempunyai keyakinan untuk memberikan kemenangan buat Malaysia walaupun Harimau Muda mempunyai masalah dalam menjaringkan gol.
Sebelum ini, pertahanan negara, Harith Haiqal memohon maaf kepada kepada seluruh rakyat Malaysia kerana mereka gagal untuk mendapatkan kemenangan selepas berdepan Vietnam.
"Saya tahu semua di Malaysia sedang kecewa termasuk keluarga saya tetapi inilah bola sepak saya mewakili semua pemain memohon maaf, kami sudah melakukan yang terbaik tetapi kami sedar kami tidak cukup bagus," katanya seperti dilaporkan Stadium Astro. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram