PEMAIN tengah skuad Bawah 23 (B-23) Tahun kebangsaan, Muhammad Abu Khalil enggan menjadikan usia muda sebagai penghalang daripada menjadi kesebelasan utama di Doha, Qatar nanti.
Pemain Selangor yang akan mencecah usia 19 tahun pada 11 April ini, bertekad akan menampilkan prestasi cemerlang bagi merebut peluang untuk beraksi bersama Harimau Muda dalam Piala Asia B-23 2023 bermula 15 April hingga 3 Mei di Doha.
Muhammad merupakan salah seorang pemain tengah bertahan yang dipilih oleh pengendali Harimau Muda, Juan Torres Garrido.
Namun begitu, dia perlu bersaing dengan pemain hebat lain seperti Nooa Laine, ketua pasukan Mukhairi Ajmal Mahadi, Syahir Bashah, Saiful Jamaluddin dan Aiman Afif Afizul.
Jika mengikut kepada pengalaman, Laine, Syahir dan Mukhairi dijangka menjadi pemain tengah utama untuk pasukan kebangsaan namun Muhammad merasakan dia mempunyai apa yang diperlukan untuk beraksi bersama pasukan B-23 tahun walaupun usianya masih muda.
BACA LAGI: Kecewa keputusan 'friendly' tak cantik, Ubai mahu Harimau Muda tidak cuai berdepan lawan
Muhammad Abu Khalil (kanan) yang menjalani latihan mahu merebut peluang menjadi kesebelasan utama. — Facebook/FAM
BACA LAGI: Sudah jatuh ditimpa tangga, Kedah kini tak boleh daftar pemain baharu
“Saya sudah bermain dengan pasukan B-23 tahun beberapa kali, terutamanya ketika kami pergi untuk perlawanan di China dan Thailand. Pengalaman itu telah membantu saya.
“Saya percaya saya mempunyai apa yang diperlukan untuk membantu Malaysia dalam Piala Asia. Ia adalah pentas terbesar, jadi pastinya saya mahu memberikan yang terbaik.
“Saya tahu persaingan untuk mendapatkan tempat itu akan menjadi sengit dan setiap pemain mempunyai kekuatan mereka untuk membantu pasukan.
“Kami tidak melihatnya sebagai perebutan posisi tetapi saingan yang sihat. Malah, Syahir dan Mukhairi sedaya upaya membantu 'ubi muda' seperti saya.
“Kita semua ada peranan. Apa sahaja peranan yang diberikan kepada saya, saya akan lakukan yang terbaik," katanya.
Muhammad melihat kejohanan itu sebagai peluang untuk berkembang lebih jauh dalam karier bola sepaknya.
“Menjadi pemain paling muda memang menyenangkan. Saya akan menggunakan ini sebagai satu lagi platform untuk menimba pengalaman sebanyak mungkin untuk saya menjadi lebih baik," kongsinya. — The Star/T.AVINESHWARAN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram