SKUAD Harimau Muda memilih jalan sukar untuk mara ke suku akhir Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) selepas tewas kepada Uzbekistan dalam aksi pembukaan Kumpulan D di Stadium Antarabangsa Khalifa, Qatar pada Rabu.
Ketua Jurulatih Harimau Muda, Juan Torres Garrido berharap agar dapat memberikan pendekatan berbeza di bahagian serangan untuk menewaskan Vietnam pada Sabtu.
Skuad kebangsaan masih mempunyai peluang untuk menebus kekalahan menentang Vietnam sebelum perlawanan terakhir peringkat kumpulan D menentang Kuwait pada 23 April.
BACA LAGI: Kesilapan 2 bintang muda Selangor bawa padah buat Harimau Muda
Syahir (jersi kuning) menghadiahkan penalti buat lawan pada babak pertama. — Facebook/FAM
BACA LAGI: Saingan 4 penjuru dari Kedah, Penang dan 'abang senior' medan uji kredibiliti anak-anak buah Hai-O
Malaysia yang bermula hambar dalam aksi tersebut tidak memberikan tekanan ke arah gol menentang juara edisi 2018, Uzbekistan dan Garrido mengakui barisan hadapan memerlukan lebih perhatian dan ketajaman.
"Kami menghabiskan banyak masa dalam aksi tersebut kerana kami berdepan lawan yang kuat. Dalam perlawanan akan datang, kami akan memperbaiki cara kami," kata Garrido.
Dalam babak pertama, Harimau Muda terpaksa menelan pahit apabila kesilapan Syahir Bashah lewat melakukan clearance menghadiahkan sepakan penalti kepada Uzbekistan.
Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, Jasurbek Jaloliddinov mudah menewaskan penjaga gol muda negara, Azim Al-Amin pada minit ke-11 untuk meletakkan mereka di hadapan.
Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, Garrido berkata, kesilapan sepakan penalti adalah sesuatu yang perlu dielakkan untuk aksi seterusnya.
“Penalti menentang Uzbekistan boleh dielakkan, jadi ini adalah sesuatu yang perlu kami usahakan dan perbaiki sebelum perlawanan seterusnya," katanya.
Kekalahan pada aksi pembukaan itu menyaksikan Harimau Muda berada di kedudukan tercorot Kumpulan D dengan satu perlawanan antara Kuwait dan Vietnam hanya akan berlangsung pada lewat malam Rabu. — The Star/S. SAKTESH
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram