'Ada peluang tapi tak cukup tajam', keeper Vietnam sampai 'injured' tepis serangan bertali arus Harimau Muda


  • Podium
  • Sabtu, 20 Apr 2024

Skuad Harimau Malaya terpaksa melupakan impian ke suku akhir Piala Asia B-23 selepas tewas kepada Vietnam. — Facebook/FAM

IMPIAN skuad Harimau Muda mara ke suku akhir Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) nampaknya terkubur selepas tewas dengan keputusan 0-2 kepada Vietnam dalam aksi pembukaan Kumpulan D di Stadium Antarabangsa Khalifa, Qatar pada Sabtu.

Dalam babak pertama, anak-anak buah Juan Torres Garrido dilihat menguasai perlawanan dengan melakukan asakan demi asakan namun tiada jaringan berjaya dicetak.

Meskipun tekanan demi tekanan diberikan kepada benteng pertahanan Vietnam namun skuad kendalian Garrido itu dilihat sukar untuk merobek gawang lawan.

Nasib malang menimpa Harimau Muda apabila pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan percuma kepada Vietnam.

BACA LAGI: Bek import baharu Sabah diduga bakal 'lubuk' JDT, sukar kekang asakan kelab Liga M

WhatsApp Image 2024-04-20 at 22.40.01

Sebahagian aksi menarik antara pemain Malaysia dan Vietnam dalam aksi Piala Asia B-23 di Qatar. — Facebook/FAM

BACA LAGI: 'Sampai bila nak harap tajaan TMJ', ekor HM desak Hans Isaac dipecat, dakwa gagal tangani isu padang SNBJ

Pemain Vietnam, Khuat Van Khang berjaya menjaringkan gol menerusi set piece mudah menewaskan penjaga gol muda kebangsaan, Azim Al-Amin pada minit ke-39 perlawanan.

Keputusan itu menyaksikan Harimau Malaya terpaksa menelan pahit selepas ketinggalan 0-1 sebelum pengadil perlawanan meniup wisel tamat aksi pertama.

Memasuki babak kedua perlawanan, nasib malang sekali lagi menimpa Harimau Muda apabila kesilapan sekali lagi menghukum mereka pada minit ke-60 menerusi kesilapan Ubaidullah Shamsul yang didakwa mengasari lawan.

Pemain gantian Vietnam, Vo Hoang Minh Khoa menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-60 dan mudah menggandakan jaringan.

Meskipun terdapat percubaan daripada pemain Harimau Muda namun ketajaman di depan pintu gawang antara punca anak-anak buah Garrido gagal mencetak sebarang jaringan.

Dalam pada itu, rata-rata penyokong berasakan skuad Harimau Muda belum memiliki pemain yang mempunyai ketajaman di depan pintu gol.

"Main macam tiada hala tuju, baik cari pemain yang tajam di depan pintu gawang, peluang sudah ada depan mata tapi masih tiada penyudah," kata M Amirul Azlan.

"Banyak peluang dibazirkan, terlalu play safe, benda boleh gol tapi tiada penyudah yang tajam di depan pintu gawang, rembat bola macam tak makan," kata Akmal Alif.

"Player takut nak buat serangan, bila sudah serang takut nak bagi gol pula, main rembat saja bola," kata Nur Imran.

Kekalahan di tangan Vietnam itu menyaksikan Malaysia tewas untuk kali kedua di bumi Qatar selepas sebelum ini tunduk kepada Uzbekistan dengan keputusan 0-2 pada 17 April lalu.

Selepas ini, Malaysia akan melengkapkan kempen Piala Asia B-23 2024 menentang Kuwait di Stadium Al-Janoub sementara Uzbekistan akan berdepan Vietnam di Stadium Antarabangsa Khalifa pada Selasa.

Malaysia menduduki tangga tercorot Kumpulan D tanpa sebarang mata. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram