KEPUTUSAN untuk terus membiarkan Arif Aiman disisihkan daripada menyertai skuad bawah 23 tahun (B-23) Malaysia dilihat sebagai satu langkah bijak.
Walaupun Harimau Muda berdepan prospek besar untuk layak ke Sukan Olimpik 2024 menerusi Piala Asia B-23 yang akan diadakan di Qatar pada April, masih tiada keperluan untuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menggunakan khidmat pemain sayap itu di kejohanan tersebut.
Sebaliknya, Arif lebih diperlukan untuk membantu skuad senior meraih tempat di pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 dengan tugasan bertemu Oman menanti.
Menurut pengendali skuad B-23, Juan Torres Garrido, dia sedar akan ada penyokong yang mahukan pemain itu masih dibawa ke Qatar kerana masih layak untuk bermain di kejohanan tersebut.
Namun begitu, dia mempunyai penilaian tersendiri mengenai kemampuan Arif yang lebih sesuai untuk terus kekal bersama Kim Pan-gon di skuad senior.
BACA LAGI: Bantu jentera serangan antara 3 tawaran Faiz Nasir bawa Sang Kenari terbang tinggi
Arif berlatih bersama Harimau Malaya untuk aksi berdepan Oman. — FAM
BACA LAGI: Bukan setakat Zaquan Adha, isteri Shahrel Fikri kongsi suami terima layanan suam-suam kuku NSFC
"Arif telah menonjolkan kualitinya untuk skuad kebangsaan. Bagi saya, dia sudah berada satu tahap lebih atas berbanding skuad saya. Dia telah ditakdirkan untuk berada dalam kesebelasan utama Harimau Malaya.
"Dia adalah seorang pemain yang boleh melakukan perbezaan, dan setiap jurulatih pastinya suka untuk memilikinya dalam skuad.
tetapi saya tak akan panggil dia kerana Arif adalah muka tetap dalam skuad senior," kata Garrido.
Walaupun Arif tidak akan bersama-sama skuad B-23 ke Qatar, nama-nama yang sering dipanggil untuk menguatkan Harimau Muda yang sedang bersama Harimau Malaya akan menyertai Garrido selepas tamat tugasan menentang Oman.
Nama-nama seperti Harith Haiqal, Azam Azmi, Mukhairi Ajmal dan Nooa Laine akan menyertai kem latihan pusat Harimau Muda selepas tamat aksi kelayakan.
"Bagus untuk kita saksikan empat pemain dalam skuad kebangsaan untuk aksi kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman.
"Sebaik saja mereka pulang, skuad akan kembali dikuatkan hasil pengalaman mereka berada dalam pusingan kelayakan," ujar Garrido. — THE STAR/T. AVINESHWARAN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram