PERMUSUHAN antara Fenerbahce dan Galatasaray sememangnya cukup diketahui baik di Turkiye mahupun sekitar Eropah dengan suasana dalam setiap pertmbungan cukup menghangatkan.
Mereka yang boleh dianggap sebagai dua kelab terbesar di negara tersebut mempunyai semangat tersendiri untuk membuktikan penguasaan masing-masing.
Bagaimanapun, aura yang cuba dipamerkan penyokong kadang-kadang melampaui batas dengan penggunaan barangan terlarang sering disaksikan.
Salah satu momen paling sukar dilupakan adalah ketika pertemuan antara kedua-dua pasukan itu dalam pentas akhir Piala Turkiye 1996 dengan format di tempat sendiri dan tempat lawan.
Galatasaray jelas mempunyai kualiti lebih baik dalam aksi berkenaan apabila sudah meraih kemenangan tipis 1-0 dalam aksi pertama, sekali gus mengurangkan tekanan pemain dan staf kejurulatihan.
BACA LAGI: Menjelang aksi Penang-Sabah, fans teringat semula kontroversi ref Abang Botak
BACA LAGI: [VIDEO] Bintang JDT dalam senarai 3 pertahanan diakui Faisal Halim paling sukar 'dijinakkan'
Keputusan baik diteruskan dalam perlawanan kedua di Stadium Sukru Saracoglu dengan gol masa tambahan daripada Dean Saunders memastikan agregat 2-1 berpihak kepada mereka.
Tetapi, kehangatan tidak terhenti di situ apabila selepas tamat perlawanan, berlaku kehangatan dalam kalangan penyokong selepas pengurus Galatasaray, Graeme Souness memacakkan bendera merah kuning di atas padang.
Selepas mencucuk bendera itu, Souness kelihatan berlari ke arah terowong dengan kedengaran kekecohan daripada kedua-dua penyokong sekitar stadium.
Meskipun tiada nyawa terkorban, pihak pengawal dan anggota polis terpaksa dikerah untuk menenangkan keadaan di samping mengenal pasti ancaman.
Berdasarkan pendedahan beberapa tahun selepas itu, legenda Liverpool tersebut berbuat demikian sebagai respons terhadap kritikan salah seorang anggota pengurusan Fenerbahce terhadap kesihatannya.
Namun, Souness menegaskan bahawa tindakan berkenaan tidaklah begitu dibanggakannya kerana masalah lebih teruk boleh tercetus melihat kepada kesungguhan kedua-dua penyokong. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram