ISU makan mi segera sebelum perlawanan penting sering menjadi topik tumpuan penyokong bopa sepak kerana makanan kurang berkhasiat itu hanya akan memberikan impak negatif kepada atlet.
Senario pemain bola sepak tidak dapat mengawal hawa nafsu daripada makan hidangan mi segera berlaku lagi dan kali ini membabitkan pemain kebangsaan Vietnam yang dikesan menikmatinya sebelum terbang ke Jakarta, Indonesia.
Dalam satu hantaran dari laman penyokong skuad Sang Garuda, Galeri Sepak Bola Indonesia Online (GSIO) berkongsi sekeping foto memaparkan wajah gembira pemain Vietnam sedang menikmati mi segera.
Gambar berkenaan dipercayai diambil di salah satu kedai berhampiran lapangan terbang sebelum penerbangan mereka ke Jakarta bagi menghadapi perlawanan menentang skuad kendalian Shin Tae-yong pada Khamis.
Susulan foto viral makan mi segera dari anak-anak buah Philippe Troussier itu, ramai penyokong Indonesia mula optimis bahawa pasukan mereka akan mudah membenam Vietnam dalam pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 itu.
BACA LAGI: Diam-diam buat kerja, pengganti Rizal Ghazali sudah tiba di Sabah?
Indonesia kini menghuni kedudukan keempat kumpulan F manakala Vietnam pula berada pada tangga kedua. — Instagram/SangGaruda
BACA LAGI: Bukan import, tapi jeneral lokal JDT pernah dapat pujian melambung lepas hatrik di pentas Asia
"Kesedapan mi segera rupanya bukan pemain Indonesia sahaja tergoda, rupanya pemain Vietnam pun suka. Dah lama rancang, mereka yang lalai," kata penyokong Sang Garuda, Surya Saputra.
"Teruskan makan pemain Vietnam, dah macam beri kelebihan dengan pasukan Indonesia ini," tambah penyokong Indoenesia, Doeliwan.
"Ini kena makan lagi mi segera di Indonesia pula," gurau penyokong Indonesia, Rudi Irawan.
Terdahulu, seorang pemain pasukan Indonesia menjadi bualan penyokong negara tersebut apabila didakwa makan mi segera di sebuah hotel penginapan di Turkiye ketika persiapan Piala Asia pada Disember lalu.
Menerusi tangkap layar skrin yang tular di media sosial, pemain tengah Sang Garuda, Marselino Ferdinan memuat naik video rakan sepasukannya memasak mi segera menggunakan kuali elektrik.
Selepas disiasat oleh badan kejurulatihan skuad Indonesia, pemain berkenaan ialah Witan Sulaeman sehingga akhirnya mereka diingatkan supaya tidak melakukan perkara yang sama sekali lagi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram