MUSIM baharu, pasukan baharu itulah yang dinanti-nantikan oleh seluruh penyokong bola sepak di negara ini untuk melihat perubahan yang berlaku dalam saingan liga yang akan bermula pada Mei depan.
Jendela perpindahan Liga Malaysia (Liga M) juga sedang dibuka bagi memberi peluang pasukan bertanding dapat menambah baik skuad masing-masing.
Namun musim baharu ini agak berbeza daripada biasa, apabila perjalanan liga akan semakin panjang sekali gus memberi kesan kepada kantung kewangan pasukan.
Sabah menjadi antara pasukan paling terawal yang akan mula beraksi apabila masih terlibat dengan saingan Piala AFC pada Februari depan ia memaksa pihak pengurusan untuk merangka stratergi kewangan dengan sangat baik.
Pemain import antara perkara paling penting dalam menguruskan kewangan yang mana akan memberikan kesan besar jika tidak dipandang serius.
Untuk menjimatkan kewangan, Sabah mungkin boleh memantau perkembangan tiga pemain Indonesia yang cemerlang beraksi di Piala Asia untuk dibawa pada musim depan:
BACA LAGI: [VIDEO] ‘Dia pun manusia biasa’, Safawi Rasid optimis Harimau Malaya mampu sekat bintang EPL
1. Ricky Kambuaya
Pemain kebangsaan Indonesia, Ricky Kambuaya, pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Terengganu FC awal musim lalu sebelum dia memilih untuk kekal bermain dalam Liga Indonesia dengan menyertai Dewa United daripada Persib Bandung.
Ricky masih mempunyai baki kontrak bersama Dewa United sehingga tarikh yang tidak dijelaskan oleh pasukannya itu.
Ricky merupakan antara pilihan utama ketua jurulatih skuad Garuda, Shin Tae-yong untuk tampil dalam kesebelasan utama dan dia juga merupakan watak penting yang membawa Indonesia mara ke perlawanan akhir saingan Piala AFF Suzuki edisi 2020.
Tahun ini, Ricky sekali lagi menjadi sandaran Tae-yong untuk membawa cabaran Indonesia ke Piala Asia walaupun Sang Garuda kini dipenuhi ramai pemain-pemain warisan yang beraksi di Eropah.
2. Egy Maulana Vikri
Prospek bola sepak Indonesia yang pernah berkelana di Eropah juga boleh dipertimbang oleh Sabah untuk diambil bagi bergandingan dengan Saddil Ramadani.
Merupakan watak penting dalam Timnas Indonesia kendalian Shin Tae-yong, Egy sudah meledak tujuh gol dalam 21 penampilan bersama skuad Garuda.
Di peringkat kelab, pemain kelahiran Medan itu telah menghasilkan lima gol dan empat bantuan gol dalam 19 penampilan bersama-sama Dewa United, pasukan yang turut diwakili oleh Junior Eldstal.
Boleh beraksi di kedua-dua belah sayap termasuk sebagai pemain tengah menyerang, jika berjaya merekrut Egy ia akan membantu menguatkan serangan Sabah.
Untuk rekod, dia dinilaikan pada harga RM1.3 juta.
3. Yakob Sayuri
Yakob Sayuri adalah pemain sepak bola profesional Indonesia yang ketika ini bermain sebagai pemain sayap untuk PSM Makassar.
Sebelum menyertai pasukan itu pada Februari 2020, Yakob menabur bakti bersama pasukan Barito Putera musim 2019.
Pemain kelahiran Indonesia pernah berhadapan dengan Sabah dalam peringkat kumpulan Piala AFC dan menjaringkan satu gol ketika menewaskan Sang Badak di halaman sendiri pada tahun lalu.
Memiliki ketinggian 1.68 meter, Yakob belum mencetak sebarang jaringan dan 'assist' dalam perlawanan Liga 1 selepas 15 perlawanan berlangung musim ini.
Namun, baru-baru ini pemain itu berjaya menjaringkan gol ketika Indonesia menentang Libya dalam satu perlawanan persahabatan di Turkiye sebelum ke Qatar pada awal tahun lalu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram