SALAH seorang pemain tempatan terbaik ketika ini ialah penyerang sayap, Faisal Halim yang sudah mencipta nama di pentas antarabangsa selepas meraih Anugerah Gol Terbaik Piala Asia 2022.
Kehebatannya tidak tertumpu di situ apabila dia mempunyai kualiti, lebih-lebih lagi dalam melepasi pertahanan dengan skil menggelecek yang sukar dibaca.
Tetapi, seperti semua pemain ternama, Faisal masih mempunyai lawan yang sukar untuknya ditumpaskan kerana masing-masing memiliki pengalaman di pentas tertinggi.
Dalam satu video dimuat naik di TikTok Blast Active, pemain berusia 26 tahun itu itu menyenaraikan tiga nama yang diakui sebagai antara pertahanan paling mencabar untuk dilepasinya.
BACA LAGI: Kenapa nak tutup mulut Faisal Halim semata-mata jadi jujur?'
Corbin Ong merupakan salah seorang pertahanan terbaik dalam negara. — Facebook/JOHOR Southern Tigers
"Kalau pemain tempatan, Corbin Ong. Kalau di Selangor FC pula, Harith Haiqal dan Afro (Shahrul Nazeem)," katanya.
Faisal pastinya cukup sinonim dengan gaya permainan masing-masing kerana mereka pernah beraksi bersama-sama ketika berada di padang latihan Harimau Malaya.
Selain itu, dia yang sudah bertahun-tahun beraksi dalam Liga Super pasti sudah beberapa kali berdepan tiga pemain itu, terutamanya Corbin Ong yang merupakan tonggak Johor Darul Ta'zim (JDT).
Jadi, cabaran itu pasti menjadikan penyerang bertubuh kecil tersebut lebih matang dalam gaya permainannya apabila kejayaan melepasi pertahanan lawan adalah satu momen indah buatnya.
BACA LAGI: Bukan sekadar bercuti, Faisal Halim sempat ke lokasi sukan ternama di Korea Selatan
@blastactive.my Korang rasa defender mana paling hebat di Malaysia? #fyp #malaysia #bolamalaysia ♬ original sound - Blast by SugarBomb
Tambah Faisal lagi, terdapat kemungkinan dia mempunyai kelebihan untuk melepasi mereka, namun masih berdepan kesukaran dalam menentukan 'pemenang' setiap kali mereka bertemu.
"Perkara ini ikut situasi sebenarnya. Ada hari mereka selamat, ada hari saya selamat. Kadang-kadang ketika bermain dengan baik, kadang-kadang tidak," katanya lagi.
Sejak mencipta debut bersama Pulau Pinang, Faisal diangkat sebagai antara pemain dengan skil menggelecek terbaik dalam Liga Super dengan tubuhnya yang kecil menyukarkan pertahanan lawan.
Tetapi, sejak tiga tahun kebelakangan ini, tonggak skuad kebangsaan itu semakin membuktikan mutu sebenarnya setiap kali beraksi dengan ancamannya di hadapan pintu gol semakin sukar dibendung. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram