Menjelang aksi Penang-Sabah, fans teringat semula kontroversi ref Abang Botak


  • Podium
  • Rabu, 10 Apr 2024

Zulkarnain digantung serta merta selepas memberi beberapa keputusan meragukan dalam aksi berkenaan. — Facebook/Penang FC

JADUAL musim baharu Liga Super menyajikan beberapa aksi menarik untuk tontonan peminat bola sepak yang pastinya mahu kelab masing-masing mengutip tiga mata penuh.

Meskipun tidak menentukan pengakhiran masing-masing, permulaan cemerlang mampu memberikan motivasi buat pemain serta penyokong untuk turut ke stadium.

Antara pertembungan yang pastinya menjadi tumpuan adalah pertembungan apabila Sabah FC menerima kunjungan Penang FC di laman sendiri pada 12 Mei.

Kedua-dua pasukan yang jauh dari segi kedudukan akhir Liga Super musim lalu masih mampu menyajikan aksi terbaik selain kejutan sukar dijangka.

BACA LAGI: Kedah boleh tersenyum, dapat 'green light' untuk daftar pemain baharu

KOTA KINABALU, 19 Mac -- Penjaga gol Penang FC Khatul Anuar Mohd Jalil (kiri) mempertikaikan keputusan pengadil, Zulkarnain Zakaria ketika perlawanan Liga Super antara Sabah FC menentang Penang FC di Stadium Likas pada Jumaat lepas.Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengenakan hukuman penggantungan serta-merta terhadap Zulkarnain Zakaria daripada mengadili sebarang perlawanan Liga Malaysia 2023 kerana tersilap memberi dua penalti kepada Sabah.--fotoBERNAMA (2023)HAK CIPTA TERPELIHARA

Zulkarnain (kanan) berdepan protes daripada Khatul atas keputusan meragukan.

Namun, apa yang lebih menarik mengenai pertembungan kedua-dua kelab adalah ketika mereka bersaing untuk meraih tiga mata di Stadium Likas, Sabah pada 17 Mac tahun lalu.

Aksi berkenaan mencuri perhatian kerana kualiti pengadilan yang meragukan daripada Zulkarnain Zakaria atau lebih dikenali sebagai 'Abang Botak' dalam kalangan peminat.

Dia yang pernah berkali-kali menimbulkan persoalan bagaimanapun membuat pelbagai keputusan sehingga menyebabkan penyokong Sabah FC dan Penang FC mempertikaikan kredebilitinya.

Salah satu contoh terbaik adalah ketika dia memberikan sepakan penalti buat skuad Sang Badak sebanyak dua kali meskipun tiada kekasaran jelas dilakukan.

BACA LAGI: Lepas 2 musim bersama Tok Gajah, Ingreso kini buka lembaran baharu di Filipina

Sabah_FC1_1903

Aksi antara Sabah FC dan Penang FC merupakan perlawanan tumpuan untuk minggu pertama.

Walaupun pelawat sudah ketinggalan, keputusan itu menimbulkan keraguan kerana ia hanya mencalarkan imej bola sepak negara yang sering terpalit dengan isu pengadilan.

Kesan daripada isu tersebut menyaksikan penjaga gol Penang FC, Khatul Anuar mempersoalkan Zulkarnain yang dikatakan tidak lagi layak untuk mengadili perlawanan.

Tidak cukup dengan itu, pengadil berkenaan turut digantung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk beberapa perlawanan sebelum dia kembali kelihatan bertugas dalam perlawanan belia dan sosial.

Jadi, penyokong pasti berharap mutu pengadilan dalam aksi antara Sabah FC dan Penang FC selepas ini tidak akan terpalit dengan isu sedemikian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram