[VIDEO] Ketepikan rasa kecewa di padang, Ten Hag mesra sapa pemain, staf Man United berbuka


  • Podium
  • Rabu, 03 Apr 2024

Personaliti Ten Hag yang tenang bertemu orang ramai dipuji selepas pasukannya mencicirkan mata ketika berdepan Brentford. — Agensi

PENGURUS Manchester United, Erik ten Hag dikenali dengan personalitinya yang tegas dalam membentuk semangat anak-anak buahnya di atas padang.

Hal itu dapat disaksikan sejak dia masih bergelar pengendali di Ajax dengan pendekatan sebegitu menjadi kunci di sebalik kejayaan dikecapinya.

Namun, baru-baru ini, pengurus kelahiran Belanda itu sempat mempamerkan sikap sebaliknya ketika menyapa staf dan beberapa warga Muslim yang berbuka puasa.

Dalam satu klip dimuat naik di akaun rasmi Manchester United, Ten Hag kelihatan menyertai sesi iftar selepas aksi antara skuad The Red Devils dan Brentford dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Berdasarkan video pendek itu, beberapa staf dan pemain beragama Islam, Amad Diallo dan Sofyan Amrabat kelihatan sedang berbuka puasa.

BACA LAGI: Nasib Man United diuji dengan air tangan bekas pakar penganalisis JDT

BACA LAGI: Man United tolak peluang sain penyerang 'flop' Liga Arab Saudi

Selain mengalu-alukan peserta untuk menikmati juadah disediakan, dia turut mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan dengan senyuman terukir di wajahnya.

Sikap ditunjukkan pengendali berusia 54 tahun itu menerima perhatian ramai kerana masih dapat kekal tenang walaupun masa depannya bersama Manchester United semakin samar.

Ini selepas pasukannya hanya mencatatkan keputusan seri ketika berdepan Brentford yang menyulitkan lagi usaha untuk menempah slot ke Liga Juara-Juara UEFA (UCL) musim depan.

Skuad The Red Devils kini berada di tangga keenam hasil kutipan 48 mata selepas 29 perlawanan dengan 11 mata membezakan mereka dengan Aston Villa di kedudukan keempat.

Prestasi tidak menentu itu menyaksikan Ten Hag disebut-sebut akan digugurkan, lebih-lebih lagi sekiranya mereka gagal menjuarai Piala FA. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram