SATU aksi persahabatan antarabangsa berlangsung antara dua gergasi bola sepak dunia, England dan Brazil di Stadium Wembley, London pada awal pagi Ahad.
Kemenangan berpihak kepada skuad The Selecao selepas pemain remaja, Endrick de Sousa menjaringkan gol pada minit ke-80 yang memisahkan kedua-dua pasukan.
Kekalahan pasti memberi tekanan buat England yang bakal berdepan satu lagi aksi persahabatan menentang Belgium pada Rabu ini.
Namun, aksi tersebut masih sempat menyajikan insiden mencuit hati kepada penyokong skuad Three Lions membabitkan dua pemain pertahanan, Harry Maguire dan Kyle Walker.
Kejadian yang berlaku pada minit ke-14 perlawanan menyaksikan Walker cuba mengeluarkan bola daripada kawasan berbahaya selepas penyerang Brazil, Vinicius Jr melorongkan bola melepasi Jordan Pickford.
BACA LAGI: [VIDEO] Bekas bek kelab EPL jadi hero, tak fikir 2 kali tumbangkan penceroboh padang bersenjata
Maguire tomando bolada de graça de Kyle Walker pic.twitter.com/BSxpcRUD9z
— Ulisses Silva (@uli6s_) March 23, 2024
BACA LAGI: Tidak dibayar ikut beban kerja, Malaysia kehilangan khidmat bekas bintang EPL terajui NFDP
Bagaimanapun, usahanya itu hampir gagal apabila tendangannya tepat mengenai Maguire yang secara kebetulan berada dalam kotak penalti tuan rumah.
Berdasarkan ulang tayang perlahan, Walker yang memikul peranan sebagai kapten England cuba melakukan hantaran jauh ke rakan sepasukannya.
Tetapi, Maguire yang berada berhampiran menggagalkan percubaan itu, sekali gus membuatkan rata-rata pemain dan penyokong skuad Three Lions panik akan situasi itu,
Nasib bagaimanapun berpihak kepada pemain Manchester City dan skuad Three Lions apabila bola itu tiba jatuh di Declan Rice dan bukanlah pemain Brazil.
Kekalahan terbabit sekali gus menyaksikan negara Eropah itu tewas buat pertama kali dalam tempoh lebih setahun setelah kali terakhir mengalaminya adalah kepada Perancis ketika suku akhir Piala Dunia 2022. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram