MENJADI perkara normal dalam bola sepak apabila satu-satu pemain berusaha untuk mendapatkan sepakan penalti. Mana tidaknya, sepakan penalti adalah cara termudah untuk seseorang pemain menjaringkan gol.
Namun begitu, apa yang memalukan adalah cara satu-satu pemain cuba mendapatkan sepakan tersebut. Untuk membolehkan sepakan penalti diberikan, seorang pemain haruslah dikasari oleh pihak lawan dalam kotak penalti.
Menyedari bahayanya memberikan sepakan penalti, pertahanan akan lebih berhati-hati apabila pihak lawan berada dalam kawasan tersebut supaya tidak terperangkap dengan helah mereka.
Antara helah paling popular yang digunakan oleh pemain untuk mendapatkan sepakan penalti adalah dengan melakukan simulasi atau lebih dikenali sebagai diving.
Sebelum kewujudan Video Assistant Referee (VAR), perbuatan simulasi ini berlaku berleluasa hinggakan hampir setiap minggu akan ada berita mengenai satu-satu pemain cuba membuat perkara itu.
Namun sejak adanya VAR, pemain semakin gerun untuk melakukannya kerana risau akan 'kantoi' apabila semakan video dibuat. Walaupun ramai yang gerun, tetapi masih ada yang cuba-cuba membuatnya.
Seperti yang dilakukan oleh pemain Belanda, Cody Gakpo dalam perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Scotland. Dalam aksi tersebut, Gakpo dilihat 'kantoi' cuba untuk mendapatkan sepakan penalti dengan menggunakan simulasi.
BACA LAGI: ‘Senjata anda adalah pengetahuan’, TMJ ingatkan sejarah akan hanya kenang sang juara
Worst dive I’ve ever seen from Cody Gakpo trying to draw a penalty from Sir Scott McTominay. No card. Typical Liverpool player, been taking lessons from Salad. pic.twitter.com/t7bmc6hwzP
— Kath On Reception (@KathOnReception) March 23, 2024
BACA LAGI: Gugurkan bintang JDT antara cara boleh dibuat KPG dalam misi balas dendam Oman
Gakpo cuba menjadikan Scott McTominay sebagai umpan dengan dia ingin melakukan sentuhan dengan pemain tersebut supaya ia nampak seperti pemain tengah Scotland itu melakukan kekasaran.
Akan tetapi, pelan itu nyata tidak menjadi apabila ulang tayang menunjukkan Gakpo langsung tidak bersentuhan dengan McTominay lalu tiada sepakan penalti diberikan.
Cubaan licik itu nyata tidak membuatkan hasil dan mujur untuk Gakpo, dia tidak dikenakan sebarang kad oleh pengadil selepas melakukan simulasi tersebut.
Tindakan Gakpo itu mungkin memalukan, tetapi ia tidak boleh menghalang daripada pemain itu mempunyai persembahan cemerlang menentang Scotland.
Pemain Liverpool itu menghasilkan dua bantuan gol untuk Belanda bagi membolehkan skuad Oranje menewaskan Tartan Army 4-0 di Amsterdam Arena. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram