[VIDEO] Pemain sendu Man United sertai latihan khas elak dijual kelab


  • Podium
  • Sabtu, 30 Mac 2024

Antony (kanan) sertai latihan khusus di Fisio Clinic di Madeira, Portugal. — Agensi

PENYERANG sayap Manchester United, Antony terpaksa mengorbankan cuti rehat antarabangsa bagi menyertai latihan tambahan di Pusat Latihan Khas untuk membantu mengembalikan konsistennya.

Pemain antarabangsa Brazil berkenaan bergelut untuk konsisten sejak menyertai skuad The Red Devils dengan harga €95 juta (RM491 juta) pada jendela perpindahan musim panas 2022.

Antony dianggap sebagai pembelian tidak berbaloi apabila sekadar mencetak lapan jaringan gol dan membuat empat hantaran bantuan sahaja sepanjang dua musim menyarung jersi kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Salah satu daripada gol dari Antony hadir dalam kemenangan epik 4-3 ke atas Liverpool dalam saingan Piala FA pada awal bulan ini.

BACA LAGI: Rekod gol kurang cantik, Wan Jamak tahu alasan Nafuzi bawa Milos Gordic ke Sang Kenari

BACA LAGI: Dalam diam buat kerja, ex- Penang, skuad Jang hampiri status naturalisasi

Musim ini, pemain berusia 24 tahun itu terus menerima kritikan hebat daripada penyokong dan pengkritik sehingga dia bertindak untuk menyertai latihan khusus di Fisio Clinic di Madeira, Portugal sepanjang cuti rehat antarabangsa.

Fisio Clinic antara pusat latihan yang terkenal di Eropah dengan membantu pelanggan mereka dalam proses rehabilitasi, fisioterapi dan membimbing atlet untuk kembali berada pada tahap fizikal terbaik.

Insiatif yang dilakukan Antony itu juga membantu dia daripada dijual dengan harga murah dan dijangka akan mendapat tawaran dari kelab lain di penghujung musim ini.

Dalam pada itu, Antony dan rakan sepasukannya di Manchester United akan kembali beraksi pada Ahad dengan berkunjung ke London Barat untuk menentang Brentford. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram