SYARIKAT penerbangan terkemuka negara, Malaysia Airlines (MAS) secara rasminya menjalin kerjasama dengan kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United FC (MUFC) sebagai rakan penerbangan pasukan berkenaan.
Kerjasama tersebut akan menghimpunkan dua ikon global iaitu Malaysia Airlines dan MUFC bagi bersama-sama memberi pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk peminat dan pelanggannya.
Sebagai simbolik pengumuman rasmi kerjasama antara MAS dan skaud The Red Devils, bekas pemain pertahanan kelab, Patrice Evra dan Wes Brown dibawa terbang ke ibu negara untuk menghadiri acara berkenaan.
Kehadiran dua bekas tonggak Man United itu ke tanah air disambut meriah oleh penyokong dan gambar perkongsian Evra di depan Menara Berkembar Petronas (KLCC) pada laman Facebook menjadi bualan orang ramai.
Menjengah di ruangan komen Evra, ramai penyokong memberi cadangan agar bekas pemain antarabangsa Perancis berkenaan singgah ke bazar Ramadan sekitar Lembah Klang bagi merasai sendiri pengalaman bulan suci ini.
BACA LAGI: Pemain akademi Jerman dipanggil Juan Torres tapi fans idam permata Perak dapat peluang ke skuad B-23
Evra salah seorang pemain pertahanan legenda Man United. — Agensi
BACA LAGI: ‘Kami dari masa depan’, belum turun padang tapi ramai ramal import Kedah tunggu masa ke JDT
"Evra, tolonglah pergi ke bazar Ramadan berdekatan. Makan, tidur dan bertenang bro," kata penyokong bola sepak domestik, Muhammad Taufiq.
"Selamat datang Evra. Jangan lupa untuk menikmati makanan Malaysia. Sekarang pun ada bazar," tambah penyokong domestik, Kenny Yee.
Dalam pada itu, Evra juga menyedari jumlah peminat Man United yang berada di rantau Asia dan berharap kerjasama antara kelab EPL tersebut dapat mendekatkan lagi hubungan dengan penyokong.
“Saya gembira dapat berkongsi kerjasama kami dengan Malaysia Airlines bersama peminat dan memperkenalkan mereka kepada perkhidmatan terbaik dalam kelas yang mereka tawarkan.
"Wes dan saya pergi ke sini dengan MAS, dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka untuk perjalanan yang begitu selesa. Daripada makanan kepada tempat duduk selesa dan perkhidmatan mesra, semuanya sempurna,” kata Evra memetik laporan media. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram