Nasib Man United diuji dengan air tangan bekas pakar penganalisis JDT


  • Podium
  • Sabtu, 07 Okt 2023

Man United kini mengutip sembilan mata daripada tujuh perlawanan EPL setakat ini. — Instagram/MU

MANCHESTER United musim ini mengharungi permulaan yang sukar apabila hanya mengutip sembilan mata daripada tujuh perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) setakat ini.

Bukan itu sahaja, pasukan dengan jolokan The Red Devils tersebut juga gagal memperoleh sebarang mata dalam dua perlawanan menentang Bayern Munich dan Galatasary untuk saingan Kumpulan A Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Selepas kekalahan di tangan Galatasary di laman sendiri pada Rabu lalu, skuad kendalian Eric Ten Hag akan melawat kubu Brentford untuk menentang pasukan yang berada di tangga ke-14 liga itu.

Walaupun di atas kertas, Brentford dibezakan dua mata dengan Man United namun hakikatnya dalam bola sepak pelbagai kejutan boleh berlaku dan berkemungkinan kelab gergasi England itu akan dimalukan oleh skuad The Bees.

Lebih menarik, kekuatan nasib juara Piala Carabao musim lepas itu juga akan diuji oleh bekas pakar analisis pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Haydee Agras yang kini bertugas bersama Brentford.

WhatsApp Image 2023-10-07 at 20.42.56

Haydee ketika mengumumkan penghijrahannya ke Brentford. — Instagram/Haydee

Sebagaimana kita tahu, dalam sesebuah kelab bola sepak, watak seorang penganalisis seperti Haydee merupakan antara tulang belakang untuk menganalisis prestasi setiap pemain dan menganalisis pihak lawan yang akan bertemu pasukan.

Dengan pengalamannya bersama Harimau Selatan selama tiga tahun daripada tahun 2019 sehingga 2022, pasti wanita berusia 39 tahun itu akan membawa nilai tambah untuk Brentford.

Bekas pemain bola sepak futsal wanita untuk kelab Burela merupakan antara tunjang utama kejayaan JDT di mana ketika berkhidmat di sana Haydee telah menyediakan sekurang-kurangnya 300 laporan lengkap perlawanan setiap tahun.

WhatsApp Image 2023-10-07 at 20.43.18

Haydee juga pernah bekerja untuk sebuah syarikat statistik Rusia, InStat yang menyediakan analisis untuk beberapa kelab besar. — Instagram/Haydee

Sekiranya The Bees berhasil mendapatkan mata menentang Man United, bekas kakitangan JDT itu membuktikan bahawa pengalamannya bersama juara Liga Super 10 tahun berturut-turut itu mempunyai kualiti setanding kelab EPL.

Untuk rekod, pada awal Januari lalu, Haydee memulakan tugas bersama Brentford selepas meninggalkan Harimau Selatan pada musim 2022. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram