KETUMPULAN jentera serangan Manchester United setakat separuh musim 2024/25 memaksa pihak pengurusan kelab untuk sekali lagi membuat pelaburan besar-besaran.
Situasi itu pastinya tidak akan membebankan pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu selepas mereka berjaya menarik seorang pemegang saham baharu, Sir Jim Ratcliffe yang mahu menyuntik sejumlah dana yang besar.
Bagaimanapun, skuad The Red Devils pastinya tidak mahu melakukan pembaziran sekali lagi dengan seorang penyerang berkualti pastinya menjadi sasaran.
Antara nama yang dikaitkan dengan pasukan itu ialah penyerang Bayern Munich, Eric Maxim Choupo-Moting yang kehilangan tempat dalam skuad kepada Harry Kane baru-baru ini.
Namun, satu perkhabaran mengejutkan kini tular di media antarabangsa apabila Manchester United dilaporkan berminat untuk mendapatkan penyerang Al-Ittihad, Karim Benzema.
Benzema dilaporkan gagal menyesuaikan diri di negara Timur Tengah tersebut. — Agensi
BACA LAGI: Manchester United tetap 'reject' walaupun tak bersalah, Mason Greenwood mahu jadi bapa yang baik
Pemenang Anugerah Ballon d'Or 2022 itu dilaporkan tidak dapat menyesuaikan diri di Arab Saudi meskipun menerima gaji yang lumayan.
Jadi, dengan usianya kini sudah mencecah 36 tahun, Benzema dikatakan mahu pulang ke Eropah dan mencari satu pasukan baharu sebelum menamatkan kariernya.
Bagaimanapun, Manchester United baru-baru ini dilaporkan menolak peluang mendapatkan bekas pemain Real Madrid tersebut kerana gaji semasanya mencecah RM216 juta (£36 juta) setahun.
Prestasinya sepanjang bersama Al-Ittihad juga tidak meyakinkan dengan bekas penyerang antarabangsa Perancis berkenaan hanya diturunkan sebanyak 20 kali.
Keadaan itu pasti akan menyaksikan Manchester United perlu mencari calon lebih baik untuk memberi cabaran buat Rasmus Hojlund yang hanya menjaringkan dua gol EPL setakat ini. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram