Kontrak berakhir tak lama lagi, bek Liverpool kini berada dalam radar Real Madrid


  • Podium
  • Sabtu, 23 Mac 2024

Trent (kanan) masih belum memulakan sebarang usaha rundingan bersama Liverpool setakat ini. — Agensi

BEK kanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold sering diangkat sebagai antara pemain terbaik di posisinya, baik dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) mahupun di Eropah.

Meskipun pernah dikritik mengenai kebolehannya untuk menyekat serangan lawan, hantaran dan kebolehannya ketika membantu pasukan menyerang sukar dipertikaikan.

Buktinya, dia kini sudah memegang rekod EPL sebagai pemain pertahanan dengan bantuan gol terbanyak meskipun baru sahaja berusia 25 tahun.

Jadi, penyokong The Reds pasti berharap supaya pemain itu dapat kekal untuk satu tempoh yang panjang demi membina legasinya dalam pasukan.

BACA LAGI: [VIDEO] Liverpool boleh bertenang, hero Piala Liga tidak lagi bertongkat

FILE PHOTO: Soccer Football - Champions League - Round of 16 - Second Leg - Real Madrid v Liverpool - Santiago Bernabeu, Madrid, Spain - March 15, 2023 Liverpool's Trent Alexander-Arnold looks dejected after the match REUTERS/Juan Medina/File Photo

Trent diangkat sebagai antara bek kanan terbaik meskipun baru sahaja berusia 25 tahun. — Agensi

BACA LAGI: [VIDEO] Bantu Man United tundukkan Liverpool, wira The Red Devils fasih baca ayat kursi

Tetapi, baru-baru ini, berita mengejutkan diterima apabila Trent dilaporkan berada dalam radar gergasi Eropah, Real Madrid selepas dia enggan menyambung kontraknya yang tamat pada musim panas 2025.

Berdasarkan laporan Fabrizio Romano, kelab Sepanyol terbabit berminat dengan pemain antarabangsa England berkenaan yang merupakan antara bek kanan terbaik dunia.

Real Madrid yang kini masih meletakkan Dani Carvajal sebagai pemain pertahanan sayap utama memerlukan seorang pengganti bagi jangka masa panjang.

Selain boleh beraksi dalam benteng pertahanan, Trent juga beberapa kali diturunkan sebagai pemain tengah dengan kebolehannya dari segi hantaran cukup memberangsangkan.

Malah, kebolehannya dalam mengambil sepakan percuma turut menaikkan lagi reputasinya dengan beberapa gol berjaya dicetak dalam kariernya menerusi situasi bola mati. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram