MANCHESTER United merekodkan kemenangan bermakna Ahad lalu apabila menyingkirkan seteru tradisi, Liverpool daripada suku akhir Piala FA.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Old Trafford, skuad kendalian Erik ten Hag mencatatkan keputusan 4-3 dengan persembahan epik dipamerkan kedua-dua pasukan.
Bagaimanapun, kejayaan berpihak kepada The Red Devils apabila pemain gantian, Amad Diallo menjaringkan gol lewat pada penghujung permainan.
Jaringan yang terhasil menerusi satu serangan balas itu membolehkan Manchester United menempah tiket ke separuh akhir kejohanan.
Kemenangan itu menyaksikan nama Diallo terus diangkat apabila mereka berpeluang menambah koleksi trofi dalam musim yang kurang memberangsangkan.
BACA LAGI: [VIDEO] Pep Guardiola terkejut 'budak milo' Manchester City jaring gol debut dalam perlawanan UCL
Pemain muda berkenaan sekali lagi mencipta nama baru-baru ini selepas satu rakaman memaparkannya mengalunkan ayat Kursi dengan fasih.
Ia direkodkan dan dimuat naik di akaun media sosial MUFC Union memaparkannya membaca potongan ayat al-Quran itu di sebuah kedai gunting rambut tidak dikenali lokasinya.
Bacaannya yang jelas dan lancar terbabit membuatkan orang ramai tertarik akann personalitinya dengan video pendek mendapat perhatian ramai.
Manchester United bakal berdepan Coventry City dalam perlawanan separuh akhir Piala FA pada 20 April di Stadium Wembley, London. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram