KEJAYAAN Liverpool membawa pulang trofi final Carabao Cup selepas menewaskan Chelsea 1-0 pada Ahad dibayar dengan harga mahal apabila dua pemainnya iaitu Wataru Endo dan Ryan Gravenberch terpalit dengan masalah kecederaan.
Dalam satu perkongsian video di media sosial, pemain antarabangsa Jepun itu dilihat berjalan terpincang-pincang ketika meraikan kemenangan berkenaan dan lebih membimbangkan apabila Endo juga pulang dengan memakai but pelindung serta bertongkat.
Endo dilabel sebagai hero Liverpool dalam pasukan berkenaan dengan gerak-gerinya yang sukses mengawal bahagian tengah sepanjang 120 minit permainan walaupun mengalami kecederaan di buku lali kirinya.
BACA LAGI: [VIDEO] Macam tak cedera, 2 bintang Liverpool 'naik hantu' raikan gol kemenangan lawan Chelsea
Endo ketika memakai but pelindung dan bertongkat. — Twitter/LFC
BACA LAGI: Hanya sedia runding pegangan saham, bukan jual kelab KL Rovers
Selepas hampir dua hari berehat dari sebarang perlawanan dan latihan, kehadiran Endo di di Pusat Latihan AXA berjalan dengan lebih bebas tanpa but pelindung dan tongkat memberi senyuman kepada para penyokong.
Video dari laman rasmi Liverpool itu membuatkan para penyokong gembira dan yakin bahawa Endo akan kembali beraksi bersama pasukan The Reds menjelang perlawanan pusingan kelima Piala FA.
Untuk rekod, Endo menyertai Liverpool dari Stuttgart pada jendela perpindahan musim panas lalu dan tidak mengambil masa yang lama untuk memberikan impak buat pasukan itu biarpun hanya dibeli dengan nilai £16 juta (RM96.78 juta) berbanding beberapa pemain mahal lain.
Sehingga kini, Liverpool ditimpa dengan masalah kecederaan apabila pemain utamanya iaitu Mohamed Salah, Darwin Nunez dan Dominik Szoboszlai masih belum boleh diturunkan dan mereka turut terlepas aksi final Carabao Cup. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram