PENDAHULU Liga Pro Arab Saudi, Al-Hilal melakar kemaraan ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara AFC (ACL) selepas menewaskan Al-Ittihad dengan agregat 4-0 pada Rabu.
Mereka yang memiliki bekalan dua gol selepas meraih kemenangan di tempat sendiri bermula perlahan apabila tidak mencetak sebarang jaringan pada babak pertama.
Namun, pada minit ke-61 permainan, bek kiri, Yasser Alshahrani menjaringkan gol untuk meletakkan mereka selesa dengan kelebihan tiga gol berdasarkan agregat.
Kedudukan itu menyaksikan Al-Ittihad yang dikendalikan Marcelo Gallardo semakin tertekan, lebih-lebih lagi apabila beraksi di laman sendiri.
Tekanan tersebut semakin dirasai apabila memasuki masa kecederaan, penyerang mereka, Abderrazak Hamdallah dengan sengaja melakukan kekasaran terhadap pemain Al-Ittihad.
BACA LAGI: Angkara patung kontroversi, Al-Ittihad boikot aksi ACL bertemu Sepahan
Koulibaly (depan) memainkan peranan penting ketika Al-Hilal melangkah ke separuh akhir ACL. — Agensi
BACA LAGI: Belum lagi mengalah, kelab Saudi tawar RM1.4 bilion mahu 'ikat' Mo Salah
Kelakuan berkenaan menyaksikan tercetusnya pertembungan hangat antara kedua-dua pasukan dengan bekas bek tengah Chelsea, Kalidou Koulibaly menjadi tumpuan.
Pemain antarabangsa Senegal itu terpaksa dileraikan rakan sepasukannya, Sergej Milinkovic-Savic serta beberapa pemain lain.
Kekasaran itu menyaksikan Abderrazak dilayangkan kad kuning kedua, sekali gus menyakiskan mereka terpaksa beraksi dengan 10 orang pada masa kecederaan.
Kelebihan terbabit dimanfaatkan Al-Hilal yang menjaringkan gol kedua mereka menerusi Malcom dan meletakkan agregat 4-0 berpihak kepada mereka.
Selepas ini, Al-Hilal akan berdepan kelab dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Al-Ain dalam misi memburu gelaran ACL buat kali kelima. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram