Belum lagi mengalah, kelab Saudi tawar RM1.4 bilion mahu 'ikat' Mo Salah


  • Podium
  • Rabu, 14 Feb 2024

Al-Ittihad masih belum mengalah dapatkan Mohamed Salah. — Agensi

KELAB Arab Saudi, Al-Ittihad dilihat masih belum mengalah dalam mendapatkan bintang Liverpool iaitu Mohamed Salah bagi menguatkan skuad mereka.

Sebelum ini, gergasi bola sepak Arab Saudi itu pernah berusaha mendapatkan Salah sebagai salah satu usaha mengumpulkan bintang bola sepak dunia yang sudah berada di pasukan tersebut seperti Karim Benzema, N'Golo Kante dan Fabinho.

Namun begitu, usaha mereka tidak menjadi nyata kerana Salah memilih untuk terus bersama Liverpool dengan kontraknya dilaporkan akan tamat pada pertengahan tahun 2025.

Kini, Al-Ittihad kembali lagi apabila mereka menawarkan yuran perpindahan serta kontrak yang amat lumayan untuk membawa Salah membawa diri daripada Liverpool.

BACA LAGI: 'Suprise element' Terengganu FC bakal imbangi keterujaan gandingan trio Akhyar-Mamut-Safawi

428165274_951866072974891_4501123596819357222_n

Salah kembali menjalani latihan selepas mengalami kecederaan. — Agensi

BACA LAGI: Niat hati tak nak berpisah, bintang JDT beri 'hint' enggan jauh dengan Luqman Hakim?

Al-Ittihad dilaporkan bersedia untuk menawarkan yuran perpindahan sebanyak €235 juta (RM1.4 bilion) kepada Liverpool untuk membawa Salah pergi daripada saingan English Premier League (EPL).

Jumlah yang dianggap terlalu tinggi bagi seorang pemain berusia 31 tahun itu menyaksikan Al-Ittihad bersedia menawarkan gaji sebanyak empat kali ganda berbanding pendapatan semasa Salah.

Kelab tersebut dilaporkan bersedia menawarkan gaji sebanyak €85 juta atau RM512 juta dan itu boleh membuatkan pemain tersebut menjadi antara bintang bola sepak termahal dunia.

Yuran perpindahan yang ditawarkan kepada Liverpool itu jika diterima, akan mengatasi rekod Paris Saint-Germain (PSG) ketika mendapatkan Neymar pada 2017. Waktu itu, PSG membayar €222 juta (RM1.1 bilion) kepada Barcelona.

Buat masa sekarang, Liverpool belum menerima sebarang bidaan rasmi daripada Al-Ittihad mengenai Salah. Jika ia dibuat, pastinya kelab itu mahu mendapatkan pemain tersebut selepas tamatnya musim 2023/2024 yang sedang berjalan.

Salah juga baru saja kembali daripada kecederaan yang diterimanya sewaktu bertugas bersama Mesir pada kejohanan African Cup of Nations. Dengan kembalinya pemain itu, ia dapat meningkatkan lagi peluang Liverpool untuk merangkul gelaran EPL pada musim ini.

Pemain sayap Mesir itu merupakan pemenang EPL bersama Liverpool pada 2020. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram