KEPUTUSAN Negeri Sembilan FC menamatkan kontrak kapten pasukan, Zaquan Adha Abdul Radzak mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan penyokong.
Dia yang mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) buat kali kelima pada Jun lalu dilepaskan dengan pemain itu kini sudah mengumumkan persaraannya.
Bagaimanapun, di sebalik pemergiannya dari skuad Jang, terdapat isu kurang senang didengari penyokong kerana difahamkan tiada perbincangan dibuat antaranya dengan pihak pengurusan.
Menurut pendedahan pemain berusia 37 tahun berkenaan, dia hanya tahu mengenai nasibnya bersama pasukan terbabit setelah menerima surat pemakluman kontraknya tidak disambung.
Pendekatan dibuat pihak pengurusan Negeri Sembilan FC itu sudah tentu melukakan hatinya selepas tahun-tahun perkhidmatannya dengan kelab itu.
BACA LAGI: 'Ikut pelan nak sertai barisan jurulatih', Zaquan Adha reda kontrak tak disambung di NSFC
Faliq sebelum ini pernah menceritkan isu di sebalik kontrak Zaquan dengan skuad Jang.
Tetapi, menjawab akan pendedahan Zaquan, Ketua Pegawai Eksekutif, Faliq Firdaus menerusi satu hantaran di laman X peribadinya menceritakan perkara sebaliknya.
Jelasnya, Zaquan tidak pernah menyemak statusnya dengan skuad Jang musim depan meskipun pada awalnya, dia berada dalam perancangan pasukan.
Namun, setelah mengambil kira usia dan sejarah kecederaannya, pasukan berkenaan memilih untuk tidak menyambung kontraknya bagi saingan akan datang.
Konflik terbabit bagaimanapun tidak terhenti di situ apabila baru-baru ini, bekas penyerang kebangsaan tersebut sekali lagi membuka mulut menerusi satu hantaran di Instastory peribadinya.
"Maaf, saya tidak mahu bergaduh dengan sesiapa tetapi saya rasa awak (Faliq) boleh betulkan kenyataan awak ni semula. Saya WhatsApp awak, langsung tidak dibalas.
BACA LAGI: Bakal ikut jejak abang di JDT, kelab Lembah Klang sambar Zaquan Adha sebagai jurulatih?
Tangkap layar daripada hantaran Instastory Zaquan mengenai status kontraknya.
"Saya tanya nak jumpa pukul berapa, awak biarkan sahaja. Jangan cakap kat orang saya tak semak status, macam mana nak semak kalau awak lari-lari daripada saya.
"WhatsApp tak dijawab, telefon tidak angkat. Ingatlah wahai CEO, jawatan hanya sementara. Jangan cerita kepada orang perkara yang hanya untuk lepaskan diri sendiri," katanya.
Hantaran itu dibuat berserta tangkap layar perkongsian Faliq dengan isu berkenaan terus menjadi perdebatan hangat peminat bola sepak tanah air.
Kini, Zaquan masih belum mendedahkan masa depannya selepas secara rasmi mengumumkan persaraan dengan orang ramai mahu menyaksikannya menceburi bidang kejurulatihan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram