‘Kami dari masa depan’, belum turun padang tapi ramai ramal import Kedah tunggu masa ke JDT


  • Podium
  • Isnin, 11 Mac 2024

Nurulloev (kanan) di samping Victor Andrag dalam sesi latihan skuad Sang Kenari baru-baru ini. — Facebook/KDA FC

MESKIPUN lewat melakukan sebarang aktiviti dalam jendela perpindahan kali ini, Kedah Darul Aman (KDA) FC boleh dikatakan sudah hampir lengkap.

Kemasukan Rizal Ghazali, Irfan Zakaria dan Zamri Pin Ramli merupakan langkah awal untuk memperkukuhkan benteng pertahanan yang mudah goyah musim lalu.

Bagi menguatkan jentera serangan pula, skuad Sang Kenari mengalu-alukan kepulangan Syafiq Ahmad serta seorang pemain sayap import dari Uzbekistan, Sukhrob Nurulloev.

Kedua-dua rekrut itu pasti akan menjadi tumpuan bagi penyokong kelab Utara tanah air tersebut kerana masing-masing memiliki kebolehan tersendiri.

Tetapi, tumpuan orang ramai lebih diberikan kepada Nurulloev yang sebelum ini beraksi di negara kelahirannya bersama FC Nasaf.

BACA LAGI: Pilih setia di Kedah tapi isu gaji boleh buat Hidalgo cari angin baharu musim depan

431764186_443458978035285_1784286306921167201_n

Nurulloev diumumkan sebagai import pertama baharu skuad Sang Kenari untuk musim depan. Facebook/KDA FC

Pengalamannya beraksi bersama skuad kebangsaan serta Liga Juara-Juara AFC (ACL) sebanyak beberapa kali diharapkan dapat mengisi kekosongan Manuel Hidalgo yang kini dimiliki Sri Pahang FC.

Malah, bagi sesetengah penyokong, mereka beranggapan pemain berusia 26 tahun itu akan memainkan peranan besar buat KDA FC musim depan.

Seorang peminat bola sepak tanah air, Syahmi Mua'thi berasakan Nurulloev memiliki kualiti tersendiri sehingga mendesak skuad Harimau Selatan menyambar khidmatnya.

"Saya dari masa depan, dua musim lagi, dia bakal menyertai Johor Darul Ta'zim (JDT) katanya.

BACA LAGI: Saham tengah naik, import baharu Kedah boleh 'padamkan' kenangan indah Hidalgo

2413979

Hidalgo kini milik JDT dan bakal dipinjamkan ke Sri Pahang FC musim depan. Facebook/KDA FC

Pandangan itu dibuat kerana juara Liga Super 10 tahun berturut-turut berkenanan sering menyambar khidmat bintang dalam pasukan lain.

Ini termasuk Hidalgo yang sudah sah dimiliki skuad Harimau Selatan sebelum dibenarkan menyertai Sri Pahang FC secara pinjaman sehingga penghujung musim.

Bagaimanapun, pandangan tersebut bukanlah semata-mata mempersoalkan langkah itu kerana ia sedikit sebanyak mengatakan Nurulloev akan menjadi watak utama mereka.

Untuk rekod, penyerang terbabit pernah mewakili beberapa kelab di Uzbekistan seperti Dinamo Samarqand dan Pakhtakor sepanjang kariernya.

Pencapaiannya juga tidak boleh dipandang remeh kerana dia menjadi tonggak ketika FC Nasaf menjuarai tiga Piala Uzbekistan buat tiga tahun berturut-turut bermula 2021. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram