HARAPAN pemain muda, Ikhwan Yazek untuk bersinar bersama Kelantan FC musim lalu tidak tercapai apabila dia mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL).
Dia yang menjadi watak penting pada awal saingan merekodkan satu bantuan jaringan dalam lima penampilan Liga Super sebelum disisihkan berikutan isu kecergasan.
Tetapi, assist yang direkodkan ketika Kuala Lumpur (KL) City FC itu pernah menjadi bualan selepas bintang Manchester City, Kevin de Bruyne memujinya.
Hantarannya yang menemui pemain sayap, Fazrul Amir Zaman membuktikan bakatnya mampu bersinar jika diberikan peluang lebih kerap.
BACA LAGI: Bekas 'coach' TRW teruja jadi keluarga Harimau Selatan, kongsi faktor besar sertai JDT
Hantaran Ikhwan ketika berdepan KL City mencetuskan perbualan hangat sebelum ini.
Namun, dengan Kelantan FC kini tidak lagi beraksi dalam Liga Super musim depan, Ikhwan akhirnya memilih untuk menamatkan kontraknya pada September lalu.
Jadi, dalam misi pemain berusia 23 tahun itu mengembangkan kariernya, dia mengambil keputusan menyertai skuad Jang pada jendela perpindahan kali ini.
Kehadirannya menyaksikan Negeri Sembilan FC kini memiliki beberapa pilihan di posisi sayap dengan Hadin Azman dan Dzulfahmi Abdul Hadi sudah sah menyertai pasukan itu.
BACA LAGI: [VIDEO] Dah lebih 10 tahun, cinta Ghaddar buat TRW masih belum pudar
Ikhwan Yazek diumumkan sebagai rekrut baharu skuad Jang pada Isnin. — Facebook/Negeri Sembilan FC
Skuad Jang dalam misi menambah baik kedudukan dalam Liga Super musim depan selepas hanya menamatkan saingan lalu di tangga kesembilan.
Di samping itu, harapan tersendiri turut diletakkan dalam saingan domestik yang lain dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab, Faliq Firdaus menegaskan perkara itu.
Kemasukan Ikhwan dijangka akan disertai beberapa nama lain dengan kualiti pasukan berkenaan masih belum cukup untuk bersaing. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram