Jurgen Klopp pilih legenda Liverpool calon terbaik uruskan The Reds musim depan


  • Podium
  • Sabtu, 17 Feb 2024

Klopp tidak akan lagi mengendalikan skuad The Reds musim depan selepas sembilan tahun bersama kelab itu. — Agensi

SELEPAS sembilan tahun berbakti buat Liverpool, Jurgen Klopp akan melepaskan jawatannya sebagai pengurus pada musim panas akan datang bagi menimba pengalaman di tempat baharu.

Dia boleh dikatakan sebagai jurulatih terbaik pernah dimiliki The Reds di era moden, lebih-lebih lagi selepas membantu mereka digeruni di sekitar Eropah.

Satu gelaran Liga Juara-Juara UEFA (UCL) dan satu kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) merupakan sumbangan terbesar Klopp buat kelab Merseyside berkenaan.

Jadi, persoalan besar pasti timbul mengenai calon terbaik untuk menggantikannya dengan pengurus terbaik perlu didapatkan Liverpool sekiranya mereka bercita-cita tinggi selepas ini.

BACA LAGI: Arsenal tunjukkan pemain Liverpool juga manusia biasa — Klopp

0_GettyImages-2008203729

Klopp meletakkan Bayer Leverkusen sebagai pencabar dalam Bundesliga musim ini. — Agensi

Namun, bagi Klopp, pengurus terbaik untuk mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkannya ialah bekas pemain The Reds, Xabi Alonso yang kini mempamerkan bakatnya di Jerman bersama Bayer Leverkusen.

Jurulatih kelahiran Sepanyol itu boleh diangkat sebagai bakat terbaik dalam bidang kejurulatihan memandangkan dia berjaya memberi nafas baharu buat skuad Die Werkself.

Mereka yang kini berada di tangga teratas Bundesliga merupakan satu-satunya kelab dari lima liga teratas sekitar Eropah masih belum mengalami kekalahan.

Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya Klopp menamakan Alonso sebagai calon terbaik buat pihak pengurusan jika mereka mahu terus menyaksikan Liverpool sebagai pasukan terbaik pada tahun-tahun mendatang.

"Gaya permainan yang diterapkannya dengan pasukan dibangunkannya di samping strategi perpindahan dibuat, ia sememangnya amat menakjubkan.

BACA LAGI: [VIDEO] Raih kemenangan berdepan Norwich, reaksi Klopp tahan sebak curi perhatian fans Liverpool

skysports-xabi-alonso-liverpool-jurgen-klopp_3870291

Klopp (kiri) mengangkat Xabi Alonso sebagai jurulatih generasi baharu yang terbaik. Agensi

"Saya juga pernah berada di Bundesliga, jadi saya boleh katakan apa yang dilakukannya cukup hebat. Bukan sahaja dari segi kutipan mata, namun juga berdasarkan taktikal dilakukannya," kata Klopp.

Kini, Liverpool berada di tangga teratas EPL dengan dua mata membezakan mereka berbanding pencabar terdekat, Manchester City yang mempunyai kelebihan satu perlawanan.

Bagaimanapun, dengan skuad The Reds berada di prestasi terbaik, tiada sebab untuk penyokong tidak meletakkan mereka sebagai juara bagi musim ini.

Alonso sudah dikatakan sebagai pengganti sejak Klopp membuat pengumuman bahawa dia akan melepaskan jawatannya kerana pengalamannya bersama kelab itu sebagai pemain.

Selain pernah membantu mereka menjulang UCL pada 2005, pemain berkenaan juga sering diangkat sebagai antara yang terbaik di posisinya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram