[VIDEO] Pengurus Spurs tutup mulut fans, terang-terang 'tidak minat' ke Liverpool


  • Podium
  • Sabtu, 17 Feb 2024

Postucoglou (kiri) bersama kapten Spurs, Son Heung-min. — Agensi

BARU-BARU ini, keputusan luar jangka pengurus Liverpool, Jurgen Klopp memilih untuk meninggalkan kelab itu pada akhir musim jelas sekali mengecewakan ramai penyokong The Reds.

Berikutan keputusan tersebut, nama pengurus Tottenham Hotspur, Ange Postucoglou pula dipetik bagi menggantikan posisi yang ditinggalkan oleh Klopp itu.

Meski namanya dipetik dan berada dalam senarai pendek sebagai calon menggantikan Klopp, Postucoglou bagaimanapun menafikan perkara tersebut dan menganggap ia hanya sebagai khabar aingin yang tidak berasas.

BACA LAGI: Zainal Abidin beri bayangan kekal, akui belum bersedia

BACA LAGI: [VIDEO] Ditawar harga lumayan, luahan Syahir Iqbal Khan bukti masih sayang Selangor

"Saya mungkin berada dalam senarai pendek? Saya tidak fikir saya mahu bercakap mengenainya kerana saya tidak fikir ia perkara penting kerana saya hanya mahu fokus kerjaya saya ketika ini," katanya.

Tambahnya lagi, pasukan Tottenham masih terlalu jauh untuk beraksi dengan cara bola sepak yang dimahukannya dan tidak berminat dengan khabar angin bahawa dia akan menggantikan Klopp di Liverpool musim ini.

"Saya baru sahaja bermula di Tottenham. Saya baru berada di sini selama tujuh bulan, jadi ia penjelasan yang cukup untuk diri saya.

"Kami masih ada perjalanan yang panjang dan perancangan dalam bola sepak yang kami mahukan, pasukan yang kami mahukan dan skuad yang kami mahukan," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram