[VIDEO] Raih kemenangan berdepan Norwich, reaksi Klopp tahan sebak curi perhatian fans Liverpool


  • Podium
  • Isnin, 29 Jan 2024

Tangkap layar rakaman video tersebut memaparkan Klopp yang dilihat sebak ketika aksi Liverpool bertemu Norwich pada Ahad. — Agensi

BARU-BARU ini, keputusan luar jangka pengurus Liverpool, Jurgen Klopp memilih untuk meninggalkan kelab itu pada akhir musim jelas sekali mengecewakan ramai penyokong The Reds.

Meskipun bakal meninggalkan kelab tersebut penghujung musim ini, pasukan Liverpool memastikan pengumuman tersebut tidak menjejaskan permainan apabila meraih kemenangan 5-2 ke atas Norwich City pada Ahad.

Dalam perlawanan tersebut, Curtis Jones, Darwin Nunez, Diogo Jota, Virgil van Dijk dan Ryan Gravenberch antara yang membantu Liverpool meraih kemenangan tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Belum move on, klip sesi video call berjemaah skuad Liverpool undang rasa hiba penyokong

WhatsApp Image 2024-01-29 at 15.46.55

Sebahagian momen ketika penyokong The Reds memaparkan mafla dengan nama Klopp. — Agensi

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Datang Qatar bukan nak tengok Malaysia menang’, kisah Iwan patut lagi viral berbanding Derrick Gan

Menerusi satu hantaran video di laman X, laungan 'You'll Never Walk Alone' berkumandang di Stadium Anfield sebelum sepak mula aksi tersebut.

Dalam video tersebut, Klopp dilihat menahan sebak mendengar laungan daripada penyokong The Reds tersebut.

Untuk rekod, selama sembilan tahun bersama The Reds, Klopp telah memberikan persembahan bola sepak berkualiti tinggi serta membawa segala kejuaraan yang mampu diraihnya kembali ke Liverpool terutamanya gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram