Bintang lemau Chelsea koyak dengan fans, tawar RM60,000 jika menang 1 lawan 1


  • Podium
  • Isnin, 12 Feb 2024

Mudryk (dua dari kanan) diharap dapat mengubah nasib Chelsea yang kini dihimpit dengan kekalahan. — Instagram/Chelsea

BINTANG Chelsea, Mykhailo Mudryk mencabar seorang penyokong untuk tampil bersemuka dan berlawan bola sepak bersamanya selepas peminat berkenaan lantang mengkritik persembahan penyerap sayap itu.

Pemain antarabangsa Ukraine berkenaan mendapat kecaman hebat selepas gagal memenuhi jangkaan penyokong The Blues terutamanya selepas Chelsea membayar sejumlah bayaran lumayan untuk membawanya masuk dari kelab Ukraine, Shakhtar Donetsk.

Masakan tidak, ketibaannya mendapat liputan luas sehingga bekas bintang Liverpool, Steven Gerrard sebagai satu pembelian berbaloi selepas Mudryk memukau beberapa ketika dengan kepantasan dan kemahirannya menggelecek bola.

Sejak tiba pada Januari lalu dengan perpindahan bernilai £88.6 juta (RM470 juta), pemain itu sekadar mencetak empat gol dan lima hantaran bantuan dalam semua pertandingan yang disertai Chelsea musim ini.

BACA LAGI: Kos tak jadi isu, anak didik ten Hag sedia sertai Man United

WhatsApp Image 2024-02-12 at 10.49.03

Tangkap layar perbualan Mudryk bersama penyokong itu.

BACA LAGI: [VIDEO] Man United hilang khidmat Martinez selama 2 bulan

Oleh itu, tidak hairanlah jika penyokong paling melabelnya sebagai bad signing dan sehingga kini, pemain berusia 23 tahun berkenaan hanya menjadi mangsa kecaman tidak berkesudahan dari penyokong.

Tidak tahan dengan situasi berkenaan, Mudryk menawarkan RM60,000 kepada seorang penyokong yang mengkritiknya menerusi mesej peribadi kepadanya melalui media sosial.

“Marilah lawan satu dengan satu dengan pertaruhan £10,000, kau pandai main bola?,” jawab pemain sayap itu selepas penyokong berkenaan mempersoalkan kebolehannya dalam situasi satu lawan satu.

Jawapan dari Mudryk berkenaan menerima pelbagai maklum balas daripada penyokong dengan rata-rata peminat beranggapan pemain itu sepatutnya hanya fokus memberikan persembahan yang cemerlang daripada melayan kerenah peminat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram