[VIDEO] Man United hilang khidmat Martinez selama 2 bulan


  • Podium
  • Selasa, 06 Feb 2024

Keadaan Martinez selepas cedera pada minit ke-66 menentang West Ham United. — Agensi

KEMENANGAN 2-0 Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) ke atas West Ham United di Old Trafford, Manchester, England pada Ahad lalu terpaksa menerima menelan bayaran tinggi apabila kelab itu sekali lagi terlepas khidmat pemain pertahanan, Lisandro Martinez.

Pemain kelahiran Argentina itu merana kesakitan selepas berlaku pertembungan dengan tonggak West Ham United, Vladimir Coufal susulan pertarungan merebut bola di kawasan permainan Red Devils pada minit ke-66.

Kecederaan menimpa Martinez itu pastinya menimbulkan kebimbangan pihak kejurulatihan dan para pemain, yang rata-ratanya khuatir jika bek tengah itu ditimpa kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL).

Sebelum ini, pengendali Man United, Erik ten Hag menyatakan kebimbangannya terhadap kecederaan yang dialami Martinez selepas perlawanan selepas perlawanan Ahad.

"Ia kelihatan tidak baik. Kami perlu menunggu beberapa hari untuk diagnosis. Dia sangat sedih, sangat kecewa. Kami semua sedih untuk keadaan Martinez.

“Kecederaan Martinez akan membawa impak buruk kepada pasukan kerana dia memainkan peranan penting untuk bahagian pertahanan kami,” katanya.

BACA LAGI: [VIDEO] Legenda Liverpool 'hentam' Odegaard gara-gara gaya melampau rai kemenangan

BACA LAGI: [VIDEO] Dipukul ubi Liverpool, penyerang MU berdarah Malaysia tenang malukan The Reds

Martinez bagaimanapun meredakan sedikit kebimbangan barisan kejurulatihan Man United selepas dia dikhabarkan tiidak mengalami kecederaan ACL dan akan kembali selepas dua bulan.

Pemerhati sukan terkenal dunia, Fabrizio Romano melaporkan bahawa sumber Manchester United mengesahkan bahawa Martinez tidak memerlukan pembedahan dan berharap dia akan kembali selepas rehat antarabangsa pada Mac.

Salah satu pertahanan skuad Piala Dunia Argentina itu difahamkan mengalami masalah ligamen cagaran yang terseliuh namun kecederaannya tidak memerlukan pembedahan.

Harry Maguire, Raphael Varane dan Victor Lindelof antara pilihan pemain pertahanan tengah yang menjadi alternatif lain Ten Hag bagi menggantikan khidmat Martinez.

Untuk rekod, bek tengah itu baru sahaja kembali ke pasukan selepas terlepas banyak kempen kerana masalah kaki menimpa dirinya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram