[VIDEO] Liverpool perlu ambil semangat kisah fans buta demi samai rekod Man United


  • Podium
  • Rabu, 14 Feb 2024

Kehadiran Kearney dan Garcia beberapa tahun lalu sememangnya menyentuh hati peminat bola sepak seluruh dunia. — Agensi

TIDAK boleh dinafikan bahawa gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool merupakan antara kelab paling ternama dalam kalangan peminat bola sepak seluruh dunia.

Pasukan yang juga dikenali sebagai skuad The Reds itu kerap diangkat sejak penubuhannya dengan lambakan pemain bintang jarang mengecewakan penyokong mereka.

Malah, semangat di sebalik kemegahan pasukan kendalian Jurgen Klopp itu bukan sahaja dapat dirasai peminat biasa kerana beberapa tahun lalu, dunia bola sepak pernah tersentuh gara-gara sebuah video tular di media sosial.

Dalam rakaman berkenaan, kelihatan dua penyokong dengan salah seorang daripadanya mengalami kecacatan penglihatan sedang berada di Stadium Anfield ketika Liverpool berdepan Wolverhampton Wanderers.

Perlawanan yang merupakan aksi terakhir EPL bagi musim 2018/19 dengan skuad The Reds ketika itu hanya dibezakan dengan satu mata berbanding pendahulu, Manchester City yang mencatatkan 95 mata selepas 37 perlawanan.

BACA LAGI: [VIDEO] Legenda Liverpool 'hentam' Odegaard gara-gara gaya melampau rai kemenangan

Meskipun ia bukanlah satu cabaran hebat buat Liverpool, peluang mereka berada di persada liga cukup tipis memandangkan pesaing mereka itu cukup ampuh sepanjang musim.

Bagaimanapun, kegusaran itu tidak menghalang penyokong bersemangat itu yang dikenali sebagai Mike Kearney untuk hadir ke perlawanan terbabit bersama sepupunya.

Kehadiran mereka boleh dianggap satu suntikan semangat buat Liverpool yang meraih tiga mata penuh, namun kemenangan Manchester City ke atas Brighton & Hove Albion di tempat lawan menambatkan cabaran pada musim itu.

Namun, kegagalan menjulang trofi EPL itu tidak mengecewakan penyokong pasukan berkenaan kerana kehadiran Kearney dan Garcia boleh dikatakan lebih menyentuh hati.

Ini kerana Garcia dilihat menghabiskan majoriti daripada masanya menceritakan peristiwa daripada perlawanan tersebut di samping cukup ghairah ketika Sadio Mane menjaringkan dua gol untuk memberikan kemenangan buat mereka.

BACA LAGI: Arsenal tunjukkan pemain Liverpool juga manusia biasa — Klopp

9f245ebe7b537cc6d601a9626aca86e0

Skuad The Reds berpeluang meraih kejayaan ke-20 dalam sejarah Liga Inggeris musim ini. Agensi

Selain itu, kekecewaan terbabit tidak berkekalan apabila beberapa bulan selepas itu, Liverpool menjuarai Liga Juara-Juara UEFA (UCL) buat kali keenam yang pastinya diraikan jutaan penyokong mereka, termasuk Kearney.

Kini, peminat tegar itu difahamkan masih kerap menghadiri perlawanan di Stadium Anfield bagi memberi sokongan buat skuad The Reds yang masih cukup digeruni.

Bagaimanapun, Liverpool juga masih perlu meraih semangat daripada keghairahan penyokong kurang upaya itu dalam misi meraih kejuaraan Liga Inggeris buat kali ke-20.

Dalam saingan EPL 2023/24, pasukan Merseyside itu berada di kedudukan teratas selepas 24 perlawanan dengan satu mata membezakan mereka berbanding Manchester City yang memiliki kelebihan satu perlawanan.

Namun, sekiranya mereka mampu menghidupkan semangat penyokong, terutamanya mereka yang kurang bernasib baik seperti Kearney, tiada penghalang buat pasukan itu menyamai rekod kejuaraan 20 kali juara liga dipegang Manchester United. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram