[VIDEO] Lelaki acah pro tercampak dari ketinggian 50 kaki ketika lakukan aktiviti 'wall climbing'


  • Sukan
  • Rabu, 07 Feb 2024

Seorang lelaki mengalami kecederaan parah akibat terjatuh ketika melakukan aktiviti memanjat tembok di Poland pada Jumaat lalu. — Agensi

SEORANG lelaki cedera parah selepas terjatuh dari ketinggian 50 kaki ketika melakukan aktiviti memanjat tembok atau dikenali sebagai 'wall climbing' di Bytom, Poland pada Jumaat lalu.

Individu berusia 22 tahun itu terlebih dahulu dilihat tenang melakukan sukan lasak tersebut tanpa memakai sebarang peralatan keselamatan seperti tali pinggang dan topi keselamatan.

Namun, sebaik tiba di puncak, pemuda terbabit secara tiba-tiba hilang imbangan dan terjatuh ke bawah.

Beberapa petugas di situ segera tampil membantu dan mangsa dikejarkan ke hospital menaiki ambulans.

BACA LAGI: [VIDEO] CEO maut terjatuh dari ketinggian 4m ketika buat gimik ketibaan atas pentas

BACA LAGI: Pekerja maut terjatuh dari ketinggian 32 meter, ramai simpati tuntut keadilan lepas majikan didakwa 'sorok' kes

Lelaki yang tidak diketahaui identitinya difahamkan terpaksa menjalani pembedahan Ortopedik dan kini ditempatkan di Wad Trauma, Hospital Sosnowiec, Poland.

Dalam pada itu, pemuda berkenaan difahamkan amat meminati aktiviti pendakian dan telah menjalani latihan selama beberapa tahun untuk menyertai sebuah pertandingan.

Belum ada sebarang perkembangan dilaporkan berhubung status mangsa setakat ini namun, paramedik yang merawatnya yakin bahawa kecederaannya mampu dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh masa terdekat. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram