Tol percuma 8, 9 Februari sempena Tahun Baharu Cina


  • Primer
  • Rabu, 07 Feb 2024

Pengguna lebuh raya akan menikmati tol percuma sempena sambutan Tahun Baharu Cina bermula 8 Februari ini. — The Star

PENGGUNA lebuh raya di seluruh negara akan menikmati tol percuma sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi berkata, semua kelas kenderaan akan menikmati pengecualian tol bermula pukul 12.01 tengah malam 8 Februari (Khamis) hingga 11.59 malam 9 Februari (Jumaat) ini.

Tetapi katanya, pengecualian itu tidak termasuk Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Tanjung Kupang (Lebuhraya Linkedua) di Johor.

BACA LAGI: Pengguna masih perlu sentuh kad TnG, guna RFID walaupun tol percuma

Gabungan Parti Sarawak (GPS) secretary-general Datuk Seri Alexander Nanta Linggi speaking to reporters after closing the stakeholder engagement workshop for the Tunoh access road project in Kuching.  - ZULAZHAR SHEBLEE / The Star

Alexander Nanta Linggi mengumumkan pengecualian tol buat pengguna lebuh raya bermula 8 hingga 9 Februari ini. — The Star

BACA LAGI: Jangan terlalu kejar Tol Percuma Rahmah hingga gadai nyawa

"Pendekatan pemberian tol percuma ini adalah selaras dengan aspirasi kerajaan yang menitikberatkan soal kebajikan rakyat dan sentiasa membantu meringankan kos sara hidup rakyat," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Alexander turut menjelaskan inisiatif itu akan membabitkan implikasi kewangan RM42.99 juta.

Beliau berharap pengguna lebuh raya akan merancang perjalanan sebaiknya susulan pemberian tol percuma tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram