SEORANG pemandu lelaki dilaporkan maut selepas lori kontena yang dipandu terbabas di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Tol Pulau Indah, Selangor pada Rabu.
Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor melaporkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar pukul 10.51 pagi.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, William Mandap berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah lori kontena yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan sehingga terjatuh ke bawah jejambat.
BACA LAGI: [VIDEO] Padah elak kemalangan, lori 3 tan terbabas rempuh penunggang sampai terkulai di Alor Setar
BACA LAGI: [VIDEO] Maut kereta terbabas masuk longkang di Melaka, punca nahas masih misteri
"Pasukan Bomba Pulau Indah telah bergegas ke lokasi kejadian bersama jentera sejurus panggilan diterima.
"Terdapat dua lelaki yang menaiki lori tersebut, salah seorang mangsa disahkan meninggal dunia manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan selepas dipercayai tercampak ke bawah jejambat.
"Mangsa telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi tindakan lanjut," katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Rabu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram