Mahkamah tetapkan 21 Mac sebutan semula kes polis bunuh pelajar SPM di Ipoh


Tertuduh memakai jaket hitam dan bertopeng muka ketika diiringi polis ke bilik Mahkamah Majistret Ipoh, Perak pada Rabu. — The Star

MAHKAMAH Majistret Ipoh, Perak menetapkan tarikh baharu, 21 Mac untuk sebutan semula kes pembunuhan membabitkan seorang pegawai kanan polis yang didakwa merempuh seorang pelajar tingkatan lima di Taman Jati, Ipoh pada tahun lepas.

Majistret S. Punitha sebelum ini menetapkan tarikh 7 Februari (Rabu) selepas Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz meminta lanjutan masa supaya dokumen penting kes itu diperoleh.

Untuk rekod, Deputi Superintendan Mohd Nazri Abdul Razak, 44, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh pada 18 Disember lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Muhammad Zaharif Affendi Muhd ​​Zamrie, 17, di Jalan Taman Jati berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Ipoh kira-kira pukul 12.40 tengah hari pada 15 Disember.

BACA LAGI: Kes langgar pelajar Ipoh : Saya tak akan kompromi dengan anggota buat jenayah — KPN

2441900 (1)

Mangsa yang merupakan pelajar tingkatan lima dilanggar berhampiran SMK Jati di Ipoh, Perak pada Disember lalu. — Facebook

BACA LAGI: [VIDEO] 'Kalau kena anak sendiri, aku cari kau sampai lubang cacing', anggota JPJ selar kes langgar remaja kerana ekzos bising

Ketika ditemui selepas prosiding, Afzainizam berkata, pihaknya akan membuat permohonan kepada Mahkamah Majistret untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi sebaik semua dokumen diperoleh.

Tertuduh dilihat memakai jaket hitam dan bertopeng muka ketika dibawa ke bilik mahkamah oleh beberapa anggota polis.

Turut hadir dalam perbicaraan kes tersebut adalah peguam Datuk Wan Azmir Wan Majid dan Zamri Idrus yang mengadakan taklimat pemerhati bagi pihak keluarga mangsa.

Turut hadir sama adik lelaki Allahyarham, Zarul Fitri Muhd ​​Zamrie, 29, dan beberapa saudara terdekat mangsa. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram