Tun Taib dalam keadaan baik, terima rawatan di rumah — Polis


  • Primer
  • Rabu, 07 Feb 2024

Pintu masuk utama menuju ke kediaman bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud di Kuching, Sarawak. — The Star

BEKAS Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud, 87, kini menerima rawatan di kediamannya di Demak Jaya, Kuching, Sarawak.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata mengesahkan perkara itu sambil memaklumkan bekas Ketua Menteri Sarawak selama 33 tahun itu dalam keadaan baik.

"Dia kini berada di kediamannya sendiri," kata Pesuruhjaya Polis Negeri, Komisioner Datuk Mancha Ata kepada pemberita pada Rabu selepas melancarkan Ops Selamat sempena Tahun Baharu Cina di Kuching.

Katanya, polis telah menerima sebanyak lapan laporan setakat Selasa berhubung dakwaan pemindahan Taib dari hospital swasta di Kuching pada Sabtu.

Beliau berkata, beberapa laporan telah dibuat oleh ahli keluarga bekas gabenor itu tetapi mereka enggan mengulas lanjut berkaitan hal itu.

“Ia masih dalam siasatan, kita tidak boleh pergi ke butirannya,” tambahnya.

Terdahulu, polis menyiasat laporan dakwaan mengatakan Taib telah dikeluarkan dari hospital oleh isterinya Toh Puan Raghad Kurdi Taib.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Ada duit kopi ka?', orang asal Sarawak pertikai status warganegara Ragad Waleed

2530226

Foto tular dipercayai kediaman Tun Taib Mahmud dipenuhi dengan bungkusan kotak dan bagasi yang dibalut dengan kemas. — Facebook

BACA LAGI: Dakwaan Taib Mahmud dibawa keluar hospital tengah malam, polis Sarawak sahkan kes disiasat Seksyen 336 KK

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana perbuatan terburu-buru atau cuai yang membahayakan nyawa manusia atau keselamatan diri.

Ia susulan laporan polis yang tular di media mendakwa Raghad membawa Taib keluar dari hospital atas nasihat perubatan pada Sabtu.

Bagaimanapun, Raghad menafikan dakwaan tersebut.

Jelasnya, satu-satunya kebimbangannya adalah kesejahteraan suaminya dan menyeru agar semua pihak menghentikan andaian dan tuduhan negatif terhadapnya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram