Pintu ke JDT bagai tertutup rapat, Dion Cools antara 3 bintang boleh kena 'sailang'


  • Podium
  • Rabu, 07 Feb 2024

JDT dikhabarkan terpaksa menolak permintaan seorang agen yang menawarkan pemainnya beraksi bersama kelab itu.

MENJELANG saingan Liga Malaysia (Liga M) yang bakal bermula tidak lama lagi, kesemua kelab tempatan tanah air kini sedang rancak merisik pemain berpotensi dibawa masuk selaku muka baharu.

Johor Darul Takzim (JDT) khususnya merupakan antara kelab yang hangat dikaitkan dengan beberapa pemain warisan tanah air yang berkelana di liga luar.

Terbaharu, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mendedahkan bahawa ejen seorang pemain kebangsaan yang beraksi di luar negara telah menawarkan khidmat pemainnya ke JDT.

Namun, tawaran itu ditolak disebabkan permintaan kos perpindahan yang dikatakan terlampau tinggi dan melebihi bajet kelab gergasi tanah air tersebut.

Malah, paling mencuri tumpuan apabila pemain itu dikhabarkan mula dirisik pasukan pencabar Harimau Selatan iaitu Selangor FC.

Berdasarkan laporan serta maklumat awal diterima, tiga pemain di bawah merupakan antara calon yang mungkin dikaitkan dengan tawaran tersebut:

Richard Chin trains with the Malaysia Under-23 squad. - Photo by FAM

1. Richard Chin

Pemain warisan Malaysia-England, Richard Chin merupakan antara pemain yang dicanang ke kelab selatan tanah air tersebut.

Berusia 21 tahun, aksi penyerang muda yang cemerlang bersama Charton Athletic itu mampu menajamkan lagi posisi sayap kanan JDT menerusi larian pantas serta kawalan kemas dimiliki.

Selain mampu beraksi di posisi sayap, Richard juga berkebolehan diturunkan selaku pertahanan kiri dan kanan yang sebagai pemain kedua di belakang Corbin Ong dan Matthew Davies.

Terdahulu, Richard Chin sebelum ini menyertai kem latihan skuad B-23 negara yang sedang dalam persiapan untuk berentap dalam Piala Asia B-23 di Doha, Qatar bermula April akan datang.

BACA LAGI: Kehadiran Richard bawa persaingan sihat, undang pujian rakan sepasukan HM

Nooa Laine made his international debut for Malaysia against Turkmenistan.

2. Nooa Laine

Pernah mewakili skuad Harimau Muda pada aksi Kelayakan Piala Asia B-23 2024 di Stadium Chonburi, Bangkok, Thailand September lalu, Nooa Laine berjaya mencuri perhatian peminat tanah air.

Pemain kacukan Finland-Malaysia berusia 21 tahun itu mampu berperanan sebagai 'enjin' pasukan di bahagian tengah menerusi hantaran serta kelicikannya dalam membuat lorongan ke arah rakan sepasukan.

Cemerlang dalam saingan Liga Finland bersama kelabnya iaitu SJK Seinäjoki, laman Instagram FR Future Talent sebelum ini berkongsi kejayaan pemain itu apabila berjaya mengekalkan tempatnya dalam kesebelasan utama pasukan dan membantu kelab itu mencipta rekod 15 perlawanan tanpa kalah pada musim lalu.

BACA LAGI: Ejen Nooa Laine nafi, persoal sikap profesional FAM

2395897

3. Dion Cools

Dion Cools merupakan satu nama tidak asing dalam kalangan peminat bola sepak tanah air selepas berjaya mempamerkan bisanya sejak kali pertama diturunkan dalam skuad kebangsaan ketika aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada 2021.

Bermula detik itu, namanya sentiasa menjadi pilihan jurulatih terutamanya di bawah kendalian Kim Pan-gon yang nyata meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pemain itu sebagai benteng pertahanan negara.

Namun, perkongsian video di akaun rasmi JDT baru-baru ini menguatkan lagi khabar angin pemain itu akan ke JDT musim depan.

Menerusi satu babak dalam video tular tersebut, ketua jurulatih, Hector Bidoglio dilihat menekan suis lampu dan penghawa dingin di sebelahnya yang memaparkan petunjuk seperti '21' dan 'COOL'.

Petunjuk itu seolah-olah memberikan bayangan akan perpindahan pemain itu ke Harimau Selatan namun, masih tiada pengumuman rasmi dari kelab tersebut setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram