Saya bimbang, doakan dia — Isteri Taib Mahmud


  • Primer
  • Selasa, 06 Feb 2024

Raghad Kurdi Taib (kanan) menolak dakwaan di laman sosial yang telah menjatuhkan reputasinya baru-baru ini. — Facebook

'SATU-SATUNYA kebimbangan saya pada masa ini ialah keadaan kesihatan suami saya'.

Demikian kenyataan daripada Toh Puan Raghad Kurdi Taib berhubung tuduhan di media sosial yang telah mencemarkan imej serta reputasinya baru-baru ini.

"Sejak beberapa hari lalu, tersebar imej dan berita portal dalam media sosial yang mencemarkan imej dan nama baik saya sebagai isteri kepada bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

"Saya dengan rendah hati memohon tolong hentikan semua andaian dan tuduhan jahat ini terhadap saya kerana keutamaan saya hanya untuk menjaga suami saya pada ketika ini," katanya menerusi satu surat terbuka kepada rakyat Sarawak pada Selasa.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Ada duit kopi ka?', orang asal Sarawak pertikai status warganegara Ragad Waleed

2529066

Foto tular dipercayai kediaman Tun Taib Mahmud dipenuhi dengan bungkusan kotak dan bagasi yang dibalut dengan kemas. — Facebook

BACA LAGI: Dakwaan Taib Mahmud dibawa keluar hospital tengah malam, polis Sarawak sahkan kes disiasat Seksyen 336 KK

Tambahnya, dia tidak akan meninggalkan negara ini, tetapi akan terus melakukan kerja-kerja amal untuk rakyat Sarawak selepas Taib Mahmud kembali sihat.

"Walaupun saya adalah orang asing, tetapi sekarang saya rakyat Malaysia dan akan sentiasa menjadi rakyat Malaysia.

"Saya harap anda semua dapat berkumpul dan mendoakan Tun Taib," tambahnya.

Terdahulu, tular di laman media apabila Raghad didakwa telah melarikan bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dari sebuah hospital pakar dengan mencabut segala peralatan rawatan yang dipasang ke badannya.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak mengesahkan telah menerima laporan polis berhubung isu tular berkenaan pada Isnin.

Menurut kenyataan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata, kes sedang disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan. — The Star / Sharon Ling

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram