[VIDEO] Potong guna lorong kecemasan, wanita bahayakan diri lepas kereta bergesel lori di ELITE


  • Tular
  • Selasa, 06 Feb 2024

Tangkap layar seorang wanita menahan sebuah lori selepas mendakwa keretanya bergesel dengan kenderaan terbabit di Lebuhraya ELITE pada Isnin.

SEORANG wanita gagal mengawal kemarahannya selepas keretanya mengalami kerosakan teruk akibat dihimpit sebuah lori di Lebuhraya Utara-Selatan Linkaran Tengah (ELITE) menghala ke Utara pada Isnin.

Namun, insiden itu dipercayai tercetus akibat kecuaian individu terbabit yang terlebih dahulu yang dirakam cuba untuk memotong di lorong kecemasan.

Laluan trafik perlahan telah mengakibatkan perlanggaran berlaku yang sekali gus mengundang kemarahan wanita itu yang kemudiannya bertindak membahayakan diri apabila menahan dan memarahi pemandu lori berkenaan.

BACA LAGI: [VIDEO] Sehari sebelum cuti panjang, pelajar 'meroyan' hancurkan harta sekolah di Simpang Ampat

BACA LAGI: [VIDEO] Orang awam mengamuk, remaja 15 tahun cuba larikan diri lepas rempuh beberapa kenderaan

Hantaran itu yang dimuat naik di laman Facebook meraih lebih 20,000 jumlah tontonan dan 600 komen yang rata-ratanya mengecam individu tersebut.

"Dah memang salah kau kak pandu dekat lorong kecemasan, lepas itu nak memotong pula, lori tak akan nampak sebab itu kawasan titik buta, nak marah pun cermin dulu diri kak," kata Zainudin Omar.

"Kau dah kenapa kak dah tahu situ laluan sempit nak juga menyelit tepi lori, sendiri salah nak salahkan lori pula," ujar Hafizah Hasib.

"Perempuan mana pernah salah, sendiri cari pasal lepas tu nak mengamuk marah orang, perangai macam ini malu je kak orang tengok," tambah Azim Naqib.

Tiada sebarang kecederaan difahamkan berlaku dalam insiden terbabit dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai berhampiran untuk membuat laporan lanjut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram