'Sistem macam zaman 80-an', ramai tak puas hati e-bid JPJ cepat sangkut masa bida plate 'GOLD'


  • Massa
  • Selasa, 06 Feb 2024

Anthony Loke (tengah) ketika merasmikan bidaan siri pendaftaran GOLD bersempena dengan sambutan jubli emas Hari Wilayah Persekutuan ke-50 baru-baru ini. — Facebook/JPJ

BERSEMPENA dengan sambutan jubli emas Hari Wilayah Persekutuan ke-50, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah membuka bidaan bagi nombor pendaftaran istimewa (NPI) iaitu siri 'GOLD'.

Namun, bidaan itu yang dibuka sejak Khamis lalu melalui Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) telah pun ditutup tepat pukul 10 malam Isnin.

Namun, ruangan Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dihujani kecaman serta komen negatif daripada warganet yang kurang berpuas hati dengan sistem bidaan tersebut.

Difahamkan, sistem bidaan secara atas talian itu didakwa gagal dijalankan sebaik mungkin kerana kerap tergendala ketika proses bayaran dilakukan.

Ia sekali gus mengundang kemarahan warganet yang mengalami kesukaran ketika membuat bidaan di laman sasawang disediakan.

BACA LAGI: Nombor pendaftaran paling 'win', ketahui 11 bidaan plat paling mahal di Malaysia

GOLDD

Bidaan nombor siri pendafataran 'GOLD' dibuka sempena sambutan jubli emas Hari Wilayah Persekutuan ke-50. — Facebook/JPJ

BACA LAGI: Nilai bidaan tertinggi jam Rolex Dr Zulkifli cecah RM135,000

Menyifatkan sistem berkenaan tidak relevan dengan teknologi semasa, rata-ratanya menggesa agar tempoh bidaan nombor pendaftaran itu dilanjutkan sehari lagi.

"Sistem macam zaman 80-an, 20 minit terakhir tak boleh masuk dan buat bayaran, bila bayar di automatik terbatal, melepas nak bid nombor pendaftaran lepas itu kena daftar sistem semula," kata Yusrizal Hafiz.

"Baik hentikan terus sistem e-bid ini lagi bagus, buat macam dulu-dulu isu harga masuk tong, konon canggih buat sistem e-bid tapi talian asyik sangkut," ujar David Michael.

"Lanjutkan sehari lagi, ramai yang sangkut bila nak buat bayaran jadi tak adil kepada mereka yang menang," jelas Jaohari Yunus.

"Sistem teruk, buat bid atas talian tapi menyusahkan orang buat apa, sepatutnya sistem kena bersiap sedia sebab ramai yang akan masuk membeli bukan seoran dua," tambah Fisham Basir.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, harga bidaan menerusi JPJeBid adalah mengikut harga minimum ditetapkan, iaitu bermula daripada RM20,000 bagi nombor bernilai utama, nombor menarik (RM3,000), nombor popular (RM800), dan nombor biasa (RM300).

"Mana-mana nombor pendaftaran yang berjaya dibida, mesti didaftarkan pada sebuah kenderaan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh keputusan bidaan rasmi dikeluarkan," ujarnya menurut laporan media.

Tambahnya, penawaran nombor pendaftaran siri GOLD itu adalah antara usaha kementeriannya untuk merealisasikan hasrat kerajaan untuk melaksanakan pelbagai inisiatif seperti bantuan lesen memandu, bantuan topi keledar dan subsidi FlySISWA. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram