Tiga kelab 'berputih mata' terlepas khidmat pemain sebaris peledak berkelana di Jepun


  • Podium
  • Rabu, 24 Jan 2024

Harith Naem dikhabarkan akan berhijrah ke negeri kelahirannya, Sabah FC pada musim depan. — Facebook

SKUAD The Rhinos kini dalam persiapan terbaik bagi menghadapi Piala AFC 2023 apabila dikhabarkan sudah menandatangani pemain muda kelahiran Kota Belud, Sabah, Harith Naem Jaineh.

Merupakan satu nama yang tidak asing dalam kancah bola sepak tanah air, pemain sayap berusia 21 tahun itu sebelum ini pernah berguru dengan bekas pengendali Harimau Muda, Datuk Lim Teong Kim di Akademi Mokhtar Dahari (AMD) suatu ketika dahulu.

Menerusi hantaran dimuat naik Malayantigerfans di Facebook, melihatkan status 'done deal' telah dibuat berhubung pemindahan pemain itu ke pangkuan Sabah pada musim baharu kelak.

BACA LAGI: Ramai anggap isu tunggakan gaji punca YouTube Sabah FC berubah nama

photo_2024-01-23_16-51-28

Hantaran dimuat naik Malayantigerfans di laman Facebook berhubung status perpindahan Harith Naem ke Sabah.

Pernah dibawa ke AFC Championship 2018 dan Kejuaraan AFF B-16 bersama-sama penyerang sensasi, Luqman Hakim, kelibatnya juga tidak kurang handal apabila turut meledak dua gol dalam kejohanan terbabit sekali gus meninggalkan kesan buat penyokong bola sepak tempatan.

Meskipun Luqman Hakim dilihat lebih menyerlah dan terus melebarkan sayapnya di bumi Jepun ketika ini, namun keupayaan yang ada pada bekas rakan sepasukannya, Harith Naem juga tidak boleh dipertikaikan dengan corak serta gaya permainannya juga sudah semakin matang sejak kebelakangan ini.

harih mas

Harith Naem Jaineh ketika mewakili pasukan negara di Kejuaraan B-16 Konfederasi Bolasepak Asia pada 2018. — FAM

Namun, segelintir penyokong di laman media hangat membahaskan perpindahan itu apabila rata-ratanya terpaksa berputih mata menyaksikan Harith Naem ke terlepas ke Sabah.

Penyokong dari tiga pasukan di bawah merupakan antara pihak yang berduka atas pilihan pemain itu ke negeri kelahirannya.

de

1. Selangor FC

Skuad Gergasi Merah yang dikhabarkan akan kehilangan khidmat tonggak importnya, Ayron Del Valle semestinya sedang dalam pencarian bakat baharu bagi menggantikan posisi peledak kelahiran Colombia itu.

Selangor yang dilihat lebih memfokuskan pemilihan pemain dari akar umbi skuad pelapisnya, sepatutnya lebih awal menyambar Harith Naem untuk direkrut ke dalam barisan pemain muda yang boleh diketengahkan dalam skuad utama kelak.

Posisi sayap kanan Selangor yang kini lebih didominasi import Myanmar, Hein Htet Aung, seharusnya memiliki seorang lagi pemain tempatan berkaliber yang mampu menggantikan tempatnya.

Selain khidmat tenaga import, bakat tempatan khususnya pemain muda negara juga perlu diberikan keutamaan buat pengurusan pasukan dengan Harith Naem sepatutnya mampu mengisi kekosongan tersebut.

BACA LAGI: 'Tidak kisah di mana kami berada 2024', 4 watak penting Selangor tidak ke Asia musim depan?

hhd

2. Kedah FC

Sang Kenari baru-baru ini yang dilanda kontroversi tunggakan gaji pemain telah meninggalkan 1,001 penyesalan dalam kalangan penyokong.

Kekecewaan itu bertambah duka apabila pemain sayap Manuel Hidalgo juga dikatakan mula dirisik beberapa pasukan tempatan yang sedia mendapatkan khidmat tonggak utama Kedah tersebut.

Justeru, Harith Naem juga merupakan antara individu yang pernah dicanang selaku pengganti kekosongan itu namun, ketangkasan pengurusan pasukan Sabah yang terus menyambar pemain muda itu, sekali lagi telah menghancurkan hati penonton Sang Kenari.

Bayangan gandingan duo Fayadh Zulkifli dan Harith Naem gagal dijelmakan di atas padang dan sekali gus melihatkan skuad Nafuzi Zain memerlukan pengganti segera di posisi itu.

1963545

3. Terengganu FC

BACA LAGI: Selepas 2 musim, Terengganu FC perlu cari 'payung' baharu

Ketandusan pemain tangkas dan licik di posisi sayap kanan pasukan membuatkan Terengganu gagal menempatkan diri dalam kedudukan lima pasukan teratas Liga Super musim lalu.

Kekurangan skuad Penyu dilihat berpunca akibat ketiadaan pemain yang mampu menggalas tugas selaku 'arkitek' di bahagian sayap kanan.

Kelicikan Harith Naem sebelum ini dikatakan mampu memberikan pulangan positif buat Terengganu (TFC) sekiranya diberikan peluang beraksi di saingan lebih kompetitif.

Namun, perkhabaran perpindahan pemain itu ke Sabah jelas satu perkara merugikan yang secara tidak langsung memaksa peminat skuad Penyu melupakan impian tersebut.

Rata-rata penyokong menggesa agar TFC tampil dengan pilihan pemain muda di posisi tersebut bagi menyaingi kepantasan serta kelicikan tonggak utama Liga M seperti Arif Aiman dan Faisal Halim. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram