[VIDEO] Kantoi curi motosikal tepi sawah, lelaki lunyai 'dihentak' penduduk kampung


  • Benua
  • Selasa, 23 Jan 2024

Tangkap layar seorang lelaki dibelasah penduduk kampung selepas dipercayai cuba melarikan sebuah motosikal di Kampung Cidadap, Daerah Pagaden Barat, Indonesia pada Isnin.

SEORANG lelaki ditahan polis selepas didakwa mencuri sebuah motosikal di Kampung Cidadap, Daerah Pagaden Barat, Indonesia pada Isnin.

Tangkapan itu dibuat susulan laporan orang ramai yang berjaya mengesan kegiatan curi terbabit dan bertindak memukul suspek di lokasi kejadian.

Hasil siasatan mendapati, suspek lelaki berusia 36 tahun itu difahamkan berasal dari Desa Pasirbungur, Kecamatan Purwadadi, Kabupaten Subang, Indonesia.

BACA LAGI: [VIDEO] Polis buru lelaki curi motosikal tak sampai 15 saat di Siburan

BACA LAGI: [VIDEO] Siap sempat ragut makcik, suspek pencuri motosikal cabut lari lepas bergelut dengan orang ramai di Gombak

Ketua Polis Daerah Pagaden, Kompol UU Sudrajat berkata, pelaku ditahan penduduk kampung ketika cuba mencuri motosikal di kawasan sawah padi.

"Suspek cuba melarikan sebuah motosikal yang ditinggalkan pemiliknya di kawasan sawah berhampiran Kampung Cidadap, Indonesia.

"Namun, kejadian itu disedari pemilik kenderaan terbabit yang terus menjerit meminta pertolongan ramai.

"Pelaku kemudiannya melarikan diri ke Kampung Gunung Sembung, Indonesia namun berjaya dikepung dan dipukul orang ramai," katanya.

Kes berkenaan dikendalikan Unit Jatanras Polis Subang untuk siasatan lanjut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram