Polis tahan 3 warga Bangladesh selamba ceroboh pangsapuri kosong di Puchong


  • 112
  • Selasa, 23 Jan 2024

Tangkap layar tiga warga Bangladesh didakwa menceroboh masuk sebuah pangsapuri di Puchong, Selangor baru-baru ini.

SUSULAN dakwaan kes pencerobohan tiga lelaki warga Bangladesh di sebuah unit pangsapuri dekat Puchong, Selangor baru-baru ini, kesemua suspek dilaporkan telah ditahan polis pada Isnin.

Ketua Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof dilaporkan berkata, warga Bangladesh itu dicekup selepas pemilik rumah membuat laporan di Balai Polis Ayer Putih, Kemaman, Terengganu dan dijadikan rujukan laporan kepada Balai Polis Putra Perdana, Puchong.

Menurutnya, laporan diterima pukul 3.20 petang Isnin selepas pemilik menerima berita kediamannya diceroboh warga asing yang disiarkan melalui media.

Katanya, penahanan tiga warga Bangladesh berusia 23 hingga 30 tahun itu dibuat sekitar pukul 9 malam Isnin di rumah berkenaan.

"Warga Bangladesh itu mengaku menduduki rumah itu sejak dua bulan lalu dengan merosakkan kunci pintu dan menggantikannya dengan yang baharu.

"Tiga warga Bangladesh yang ditahan itu akan dibawa ke mahkamah pagi ini (Selasa) bagi mendapatkan perintah reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan," katanya.

BACA LAGI: Siap berani minta bukti, rumah jadi 'port' pekerja warga asing walau pemilik tak pernah sewakan sejak beli 10 tahun lepas

2502707

Gambar dikongsikan yang memaparkan keadaan rumah tersebut yang didiami kumpulan warga asing tersebut. — Facebook/SrilabuKedah

BACA LAGI: [VIDEO] Padah rakam jenayah aksi sendiri samun warga asing di Cheras, polis tahan 3 pelajar

Ahad lalu, Majoriti melaporkan seorang lelaki terkejut apabila mendapati rumah kenalannya di Puchong yang dibiarkan kosong sejak 10 tahun lalu diceroboh dan didiami warga asing.

Dikongsikan di laman Facebook Srilabu Kedah, kejadian terbabit diketahui selepas kenalannya yang tinggal di negeri di Pantai Timur itu, meminta dia menjualkan rumah jenis pangsapuri berkenaan.

Bagaimanapun, dia terkejut apabila mendapati rumah itu didiami warga asing dan perkara itu kemudian dimaklumkan kepada pemilik rumah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram