MKM tawar pakej Rahmah, diskaun RM2,500 buat jemaah haji


  • Bizz
  • Sabtu, 20 Jan 2024

Abdul Hadi (kanan) ketika menghadiri Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan Pengelola Jemaah Haji di Pusat Konvensyen Movenpick di Sepang, Selangor pada Sabtu.

MKM Ticketing Travel & Tours (MKM) menawarkan diskaun sebanyak RM2,500 kepada bakal jemaah haji terpilih bagi tahun 1445H/2024M untuk menunaikan ibadah di Tanah Suci menerusi pakej disediakan.

Pengarah Strategik MKM, Abdul Hadi Abdul Raman berkata, inisiatif itu ditawarkan kepada jemaah yang memilih perkhidmatan pihaknya tanpa mengira jenis pakej yang dipilih.

Katanya, itu antara kelebihan ditawarkan MKM kepada jemaah terpilih pada 2024 selain beberapa manfaat lain termasuk pemeriksaan kesihatan serta pemberian suntikan vaksin.

"Sebelum ini kita tidak tawarkan diskaun kepada jemaah haji, tetapi pada tahun ini kita ambil inisiatif bagi manfaat kad perubatan termasuk diskaun sebanyak RM2,500.

"Itu merupakan antara tarikan yang kita tawarkan kepada bakal jemaah bagi menarik perhatian mereka untuk melantik MKM sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) kali ini," katanya ketika ditemui di Pusat Konvensyen Movenpick di Sepang, Selangor.

BACA LAGI: Kadar bayaran haji berbeza buat golongan B40 dan M40, T20 kena bayar penuh RM33,300

muka

Abdul Hadi Abdul Raman merupakan Pengarah Strategik MKM Ticketing Travel & Tours.

BACA LAGI: Ketahui hukum berhutang tunaikan haji, umrah

Terdahulu, MKM merupakan antara pempamer pada Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan Pengelola Jemaah Haji (Karnival PJH) Kali Ke-2 yang diadakan di Pusat Konvensyen Movenpick selama tiga hari sehingga Ahad.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, pihaknya turut menawarkan pakej haji berkonsep ‘Rahmah’ yang ditawarkan di bawah harga RM50,000 untuk jemaah haji terpilih.

"Dalam suasana mencabar dengan peningkatan kos sara hidup masa kini, kerajaan mensyaratkan syarikat PJH menawarkan pakej haji ekonomi bawah RM50,000 bagi memberi pilihan kepada bakal haji daripada pelbagai lapisan masyarakat.

"Jadi, sebagai menyahut inisiatif itu, MKM turut menyediakan pakej Rahmah menerusi Pakej Haji Salam yang ditawarkan serendah RM49,800 bagi bilik berlima," katanya.

Jelasnya, sejumlah 25 PJH turut menyediakan pakej itu bagi memberi ruang kepada bakal jemaah haji terpilih melihat tawaran tersebut sebelum memutuskan syarikat pilihan mereka.

"Sebenarnya, pakej ditawarkan bukan semata-mata untuk meriah keuntungan, sebaliknya ia adalah tanggungjawab kami dalam memberikan layanan terbaik kepada tetamu ALLAH yang terpilih," jelasnya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai jangkaan pihaknya berhubung jumlah jemaah haji yang akan menggunakan pakej MKM, Abdul Hadi menetapkan sasaran untuk mencapai sebanyak 1,200 jemaah tahun ini.

Katanya, angka itu dilihat mampu dicapai menerusi pakej Rahmah dan berbaloi ditawarkan pihaknya, sekali gus berupaya menarik minat jemaah untuk menggunakan perkhidmatan disediakan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram